Tajuk: PENGISIAN CARA HIDUP ISLAM

DEFINISI ISLAM

Definisi Islam menurut bahasa
Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab iaitu Salima ( سلم) bererti selamat, sentosa atau kedamaian.

Dari perkataan salima ini dibentuk perkataan Aslama (أسلم) yang bermaksud memelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia juga bererti menyerah diri, tunduk, patuh dan taat. Perkataan Aslama inilah yang menjadi pokok asas kepada perkataan Islam iaitu Salima-Aslama-Yuslimu, yang membawa erti menyerah diri, patuh dan tunduk kepada sesuatu (Muhd Sulaiman Hj. Yassin: 1981). Contohnya boleh dilihat dari Firman Allah yang bermaksud:
إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ(131)
“(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
(Al-Baqarah : 131).

Islam berbeza dari agama lain yang ada di muka bumi, kerana perkataan ‘Islam’ tidak mempunyai hubungkait sama ada dengan individu-individu tertentu, golongan atau tempat-tempat tertentu. Penurunan Islam kepada umat manusia merupakan hikmah tertinggi dari Allah s.w.t. maka Islam disebut sebagai agama wahyu.

Dari segi pemilihan nama, ‘Islam’ merupakan nama istimewa yang diberikan oleh Allah kepada DinNya. Al Quran sebagai kalam Allah menyebut ‘Islam’ sebagai al Islam (makrifah) untuk ditujukan kepada agama suci ini. Di antara ayat-ayat tersebut ialah:
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali-Imran:19)

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنْ الْخَاسِرِينَ(85)
"Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.(Ali-Imran:85).

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمْ الْإِسْلَامَ دِينًا
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.”
(Al-Maidah:3).

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ(33)
“Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”.(At-Taubah:33).

Definisi Islam menurut istilah / syara’:
a. Islam bererti patuh dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. dengan peuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksa.

Penyerahan secara terpaksa bukanlah bidang yang dibicarakan di sini, kerana penyerahan secara terpaksa itu tidak akan mendatangkan balasan pahala, malah manusia tidak akan dapat membuat pilihan yang mengakibatkan mereka akan masuk ke syurga atau ke neraka. Sama ada mereka tergolong dari kalangan yang beruntung ataupun yang rugi. Malah penyerahan secara ini tidak sesuai untuk makhluk manusia yang mempunyai akal fikiran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنْ الْخَاسِرِينَ(85)
"Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.(Ali-Imran:85).

b. Islam adalah peraturan hidup (way of life), peraturan yang bersifat integral dan mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia, yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk seluruh umat manusia. Peraturan hidup ini terkandung dalam al kitab yang nyata dan telah dihayati oleh pesuruhNya iaitu dalam kehidupan baginda Rasulullah s.a.w. yang menjadi teladan yang baik bagi seluruh manusia. Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada kedua-dua peninggalan ini sepertimana sabda Rasulullah SAW sendiri yang bermaksud:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu al Quran dan Sunnah Rasul.”
(Riwayat Bukhari)

c. Definisi Islam menurut Hadith Rasulullah s.a.w. di mana Jibril datang bertanya Rasulullah tentang Islam:
“Ceritakan padaku (Wahai Muhammad) tentang Islam, Rasulullah s.a.w. menjawab: Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hambaNya dan Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa Ramadhan dan berhaji ke baitullah jika engkau kuasa”
(Riwayat Muslim)

Jibril membenarkan keterangan Rasulullah s.a.w. di atas. Dalam hadith di atas Rasulullah s.a.w. telah menerangkan beberapa asas penting yang terkandung di dalam Islam (Abdul Karim Zaidan : 1987). Asas Islam itu dapat dihuraikan seperti berikut:

i. Sistem kerohanian yang terbit dalam bentuk ucapan syahadah. Ini menunjukkan Islam bukanlah agama yang jumud dan kaku, malah ia merupakan agama yang lurus, benar dan harmoni.

ii. Di atas sistem kerohaniannya yang mantap terbina pula sistem perundangan yang luas skopnya, sama ada dalam konteks individu maupun dalam konteks kolektif. Hal ini tergambar dalam ibadah-ibadah asas yang disyariatkan.

iii. Di atas sistem kerohaniannya yang mantap dan sistem syariatnya yang menyeluruh, suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan ialah perlaksanaan kedua-dua sistem ini secara serentak. Dalam hal ini, Islam telah meletakkan satu garis dasar bagi perlaksanaan kedua-dua sistem ini, iaitu melalui sistem akhlak Islam yang menyeluruh dan mantap.

Dengan pelaksanaan ketiga-tiga sistem ini secara serentak maka lahirlah apa yang dikatakan ibadah dalam konteks yang menyeluruh. Menjadikan seluruh aktiviti kehidupan ini ibadah adalah konteks yang menyeluruh. Menjadikan seluruh aktiviti kehidupan ini ibadah adalah merupakan saranan Islam dan menjadi fungsi penciptaan manusia itu sendiri. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِي(56)
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az-Zariyat : 56).

Islam sebagai sistem yang luas mempunyai strukturnya yang tersendiri. Dengan struktur inilah pengabdian yang total dan padu kepada Allah dapat dilaksanakan secara terurus dan terancang, tepat sepertimana yang dikehendaki di dalam Islam itu sendiri.

Pengertian Ad-Din ( الد ين )

Menurut pendapat Ibn Faris dalam bukunya ‘Maqayis al Lughah’ perkataan ad-deen
(الدين) merupakan perkataan buku yang mempunyai banyak erti di antaranya ialah ‘pasrah, meyerah tunduk, perhitungan’ dan lain-lain. Orang-orang Arab mempergunakannya untuk berbagai-bagai maksud dan tujuan. Dalam peristilahan bahasa Melayu merupakan perkataan ‘agama’ boleh diertikan kepada ‘ad deen’.

Perkatan ‘Deen’ د ين (dalam bentuk nakirah) bererti suatu cara hidup, sedang ‘ad-deen’ (dalam bentuk makrifah) bermaksud, cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ia merupakan suatu istilah yang khusus terdapat dalam al Quran. Walau bagaimanapun perkatan Deen apabila dirangkaikan dengan perkataan ‘Allah’ dan ‘al-haq’ seperti dinullah, dinulhaq maka ia bererti agama yang datang dari Allah atau agama yang benar.

Jadi, perkataan ‘deen’ apabila dilihat sebagai suatu istilah khusus dalam al Quran ia mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat, ia merupakan suatu istilah yang terdiri daripada empat bahagian:
1. Kekuasaan yang maha mutlak (Allah s.w.t.)
2. Penyerahan diri lahir dan batin disertai dengan ketaatan dan kesetiaan kepada kekuasaan yang maha mutlak.
3. Iman dan amalan di bawah penguasaan pihak yang maha mutlak kekuasaannya.
4. Ganjaran yang diberi sama ada baik atau buruk dari pihak Yang Maha Berkuasa.

Keempat-empat bahagian ini sesuai disebut dengan istilah yang diberikan oleh Allah terhadap “Dinulhaq” yang mana ia mengandungi tiga ciri penting:
i. Iman kepada Allah sebagai yang mutlak kekuasaanNya, dimana setiap muslim menyerah bulat kepada kekuasaannya.
ii. Iman kepada hari kemudian (akhirat), ia merupakan hari dimana Allah melimpahkan anugerah dan kurniaNya, juga menimpakan azab dan derita.
iii. Mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

Keserasian yang ada di antara pengertian Deen sebagai suatu istilah yang khusus di dalam al Quran dengan peristilahan Dinullah atau Dinulhaq yang mengandungi tiga perkara penting tadi dapat dilihat melalui ayat-ayat al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Islam sebagai suatu sistem (Dinullah) Hidup ciptaan Allah.

Islam merupakan agama benar yang datang dari Allah s.w.t. diturunkan untuk seluruh makhluk dan alam semesta. Tidak ada agama lain yang diakui kebenarannya melainkan Islam. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali-Imran:19)

Islam adalah agama yang diturunkan kepada para rasul sejak Nabi Allah Adam a.s. hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada agama benar selain Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Agama yang benar dan kekal sudah tentu ia bersifat sempurna dan menyeluruh. Sempurna dari segi nilai-nilai dan sistem-sistem yang terkandung di dalamnya dan menyeluruh dari segi konteks ruang lingkupnya. Sebagai satu sistem, Islam mampu mengatur dan mentadbir hidup dan kehidupan seluruh makhluk, samada makhluk yang terdiri dari alam nabat, alam haiwan dan lebih-lebih lagi makhluk yang dikatakan alam manusia.

Islam sebagai agama atau sistem hidup yang mengatur seluruh kehidupan alam semesta (univers) mempunyai peraturan-peraturan dan pengajaran yang berupa asas-asas, prinsip-prinsip, dan hukum-hakam. Dasar-dasar itu termaktub di dalam kitabsuci al-Quran dan oleh Sunnah yang sahih. Keseluruhan dasar-dasar itu merupakan perintah-perintah, larangan-larangan, petunjuk-petunjuk untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tujuan ini, Islam mengajarkan hal-hal yang berhubung kait dengan duniawi dan juga hal-hal yang bersangkutan dengan urusan ukhrawi. Oleh itu, ajaran Islam berpaksikan kepada dua bentuk hubungan:
1 Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhan (Allah), ia meliputi tentang kepercayaan dan penyembahan, oleh itu Islam mengajarkan tentang sistem iman dan sistem ibadah. Kedua-dua ajaran ini bersifat vertical ataupun menegak.
2 Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Oleh itu, Islam mempunyai ajaran-ajaran yang mencakup bidang-bidang politik, undang-undang, ekonomi, sosial, kebudayaan, dan sebagainya. Kedua-dua ajaran ini bersifat horizontal ataupun mendatar (Nasaruddin Razak: 1986).

Kedua-dua ajaran ini dilaksanakan secara harmoni tanpa adanya pemisahan diantara satu sama lain. Sebarang pemisahan akan mengakibatkan kemusnahan dan kerugian yang berkelakuan kepada pelakunya.
ضُرِبَتْ عَلَيْهِمْ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنْ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنْ النَّاسِ
“Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia”. (Ali-Imran:112).

Islam bukan hanya berupa sistem keagamaan yang berbentuk ritual semata-mata malah ia merupakan sistem hidup yang luas ruang lingkupnya, dimana ia dikatakan agama universal (Muhd Sulaiman Yasin: 1981 ).

ISLAM SEBAGAI SUATU SISTEM SECARA UMUM DAN KHUSUS

Sistem Umum/Hukum Alam Semesta

Sistem secara umum bermaksud; sistem atau peraturan / hukum umum ciptaan Allah yang bersifat universal. Seluruh alam ini termasuk manusia terikat dengan peraturan ini dan peraturan yang bersifat umum ini dikenal sebagai hukum alam semesta. Hukum ini tidak ada suatu makhluk pun dapat mengelak diri daripadanya samaada secara redha mahupun terpaksa. Dengan sistem / hukum umum inilah Allah mencipta dan mengatur seluruh alam. Ia bersifat pasti, objektif dan tetap (Nasaruddin Razak: 1986).
الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا(2)
“Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna”. (Al-Furqan : 2).

Hukum umum ini dikenal juga sebagai Sunnatullah yang sifatnya tidak akan berubah.
سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلًا(23)
“(Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.” ( Al-Fath:23).

Ketundukan dan kepatuhan seluruh alam terhadap sistem ini merupakan suatu yang pasti dan tidak dapat disangkal lagi.
وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلَالُهُمْ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ(15)
“Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.” (Ar-Ra’d : 15).

Bagi makhluk-Nya yang istimewa, tersusun dari unsur rohani dan jasmani, memiliki daya pilih, Allah menurunkan suatu sistem khusus yang dinamakan dinullah atau dinul Islam sesuai dengan statusnya sebagai khalifah Allah di bumi.

Islam Sebagai Suatu Sistem Khusus

Islam sebagai suatu sistem khusus bermaksud: “Islam sebagai ad deen yang datang dari Allah, merupakan peraturan yang mengatur hidup manusia, agar manusia dapat mengabdi diri dalam konteksnya yang sebenar”. Mengabdi merupakan fungsi penciptaan manusia yang dilakukan dalam keadaan sedar dan merupakan pilihan yang tepat dan benar berdasarkan persiapan dan unsur-unsur yang sedia ada pada diri manusia sendiri. Allah berfirman dengan maksud:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِي(56)
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az-Zariyat : 56).

Sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh manusia atau melakukan pilihan yang salah akan mengakibatkan kemurkaan Allah dan ia dikategorikan ke dalam golongan orang-orang yang rugi.
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنْ الْخَاسِرِينَ(85)
“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
(Ali-Imran:85).

Islam merupakan sistem khusus yang mengatur kehidupan manusia dan mampu menangani seluruh persoalan hidup, baik yang menyangkut persoalan rohani mahupun jasmani dalam seluruh aspek aktiviti kehidupan.

KANDUNGAN ISLAM

Akidah / عقيدة

Akidah merupakan dasar penting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah adalah bergantung kepada akidah yang dianutinya. Seluruh aktiviti kehidupan yang lahir dari diri seseorang yang berpegang dengan akidah yang benar akan dapat mencerminkan nilai akidah yang dipegangnya.

Dari segi bahasa
Perkataan akidah berasal dari bahasa Arab iaitu: “dari pecahan perkataan “عقد” yang umumnya bererti ikatan atau simpulan. Pada kebiasaannya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang bersifat zahir seperti tali atau seumpamanya. Walaubagaimana pun perkataan ini digunakan juga pada sesuatu yang berbentuk maknawi, seperti perjanjian atau sebagainya. Dari ikatan dan simpulan maknawi ini lahir perkataan “akidah” iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam kepercayaan ”(Muhd Sulaiman Hj. Yasin: 1981)

Dari segi istilah/syara’

Berpandukan kepada asal perkataan di atas akidah boleh difahamkan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terurai oleh apa cara sekalipun (Ibid).

Jadi, akidah Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh, pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperi yang diwajibkan oleh Islam: kepercayaan ini berbentuk pegangan yang kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin terlepas atau terputus dari pemegangnya. Allah berfirman:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنْ الغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدْ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ(256)
“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah : 256).

Dalam Islam, iman tidak boleh tertegak berlandaskan keraguan atau dipengaruhi oleh prasangka, kerana ia ditetapkan dengan positif oleh al Quran dan dijelskan oleh al Hadith Rasulullah s.a.w., juga adanya kesedaran dan kekuatan kaum muslimin yang tidak pernah berubah sejak dari penyebaran Islam yang pertama dimasa Rasulullah s.a.w. hingga ke hari ini. Allah berfirman, maksudnya:
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ
لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ(285)
“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".(Al-Baqarah : 285).

Dalam sebuah Hadith Rasulullah menjelaskan enam perkara yang menjadi teras iman. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya iman itu ialah engkau percaya dengan Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan engkau percaya dengan qadar baik dan burukNya.”
(Riwayat Muslim)

Unsur-unsur Akidah/Rukun iman

Berdasarkan keterangan al Quran dan Hadith di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa unsur-unsur akidah atau teras iman adalah seperti berikut:
1. Percaya kepada Allah.
2. Percaya kepada para Malaikat.
3. Percaya kepada kitab-kitab.
4. Percaya kepada para rasul.
5. Percaya kepada hari akhirat.
6. Percaya kepada qadar dan qada’ Allah.

Asas utama yang mesti ada dalam akidah ini terjelma dalam penyaksian “Tiada tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah”.

Akidah inilah yang menjelmakan pandangan tepat umat Islam terhadap Islam, Tuhan Pencipta dan Pemilik alam, metafizik, kehidupan di akhirat, alam yang dapat dilihat dan tidak dapat dilihat. Dengan erti kata lain, akidah itulah yang menentukan pandangan umat Islam kepada makhluk dan khalik, kepada dunia dan akhirat dan kepada alam syahadah dan alam ghaib (Al Qaradhawi:2000)

Oleh itu umat Islam digesa supaya menjaga akidahnya dan membatas dari dari melakukan perkara-perkara yang boleh mencacatkannya. Contohnya; tidak mengambil tuhan selain Allah, tidak mengambil pelindung (Rab) selain Allah, tidak memberi wala’ kepada selain Allah dan tidak menafikan kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah baik secara langsung ataupun tidak lansung (Ibid).

Syariah

Syariah dari segi bahasa

Perkataan syariah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari asal kata ‘Syir’ah’ atau
‘شرعة’. Syariah dalam bahsa Melayu bererti jalan, jalan yang lurus atau sumber air.

Syariah menurut istilah/syara’

Syariah menurut perundangan Islam ialah segala hukum-hakam yang diperundangkan oleh Allah s.w.t. ke atas hamba-hambaNya supaya mereka beriman dan beramal dengannya agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Hukum-hakam ini dinamakan syariah kerana kedudukannya yang lurus, sistemnya yang benar dan tidak menyimpang dari tujuan. Sifat yang begini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya yang bermaksud:
ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِنْ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ(18)
"Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)". (Al-Jaathiah : 18).

Seluruh hukum-hakam yang diperundangkan ini termasuklah apa yang dikeluarkan secara terus dari al Quran dan al Hadith, begitu juga segala hukum yang ditentukan melalui ijtihad sahabat dan para fuqaha’ yang didasarkan kepada dua sumber utama ini. Oleh itu sumber-sumber perundangan Islam yang masyhur dikalangan jumhur ulamak adalah:
1. Al Quran (Kitabullah)
2. Al Hadith / Al Sunnah
3. Al Ijmak
4. Al Qias

Berdasarkan hukum-hakam ini manusia berpeluang untuk membina kehidupannya dalam pelbagai aspek yang dapat menyumbang kepada kebahagiaan dan kedamaian. Islam sebagai sifatnya peraturan hidup yang sempurna mampu mengatur kehidupan manusia, bukan sahaja dalam perkara yang berkaitan dengan sendiri peribadi manusia, malah yang berhubungkait dengan hal kenegaraan dan kemasyarakatan dan alam seluruhnya sebagai satu kesatuan dari ciptaan Allah yang tidak terlepas dari landasan sistemNya.

Syariah tidak tandus dalam membicarakan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama makhluk seperti persoalan kekeluargaan, jiran tetangga, dan sahabat handai. Begitu juga syariah telah menyediakan suatu kerangka kongkrit tentang persoalan politik, ekonomi, pentadbiran dan seterusnya kepada hubungan anatarabangsa.

Dalam hal ini syariah memberikan ruang yang cukup luas bagi manusia membina tamadunnya. Penjelasan terhadap martabat ilmu, pengiktirafan terhadap unsur-unsur teknikal dan kesenian merupakan suatu jawapan bahawa seluruh hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah itu benar-benar dapat mengarahkan manusia membina suatu kehidupan yang menjelmakan dirinya sebagai insan yang bertaqwa (Amin bin Amat:1989)

Akhlak

Akhlak dari segi bahasa:
Akhlak berasal dari bahasa Arab “اخلاق” iaitu kata jamak dari khuluq (خلق) yang bererti tingkah laku, tabiat, perangai dan bentuk peribadi.

Akhlak menurut istilah/syara’

Menurut terminologi, perkataan akhlak berasal dari perbendaharaan istilah Islam. Istilah lain yang mirip dengan akhlak ialah moral dan etika. Menurut Imam al Ghazali dalam kitabnya “Ihya Ulumuddin”, akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir perbuatan hasil dari pancaran hati sanubari dalamannya. Ia sikap rohani yang melahirkan tingkah laku perbuatan insan terhadap Islam dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain sesuai dengan suruhan dan larangan, serta menurut petunjuk dari al Quran dan al Sunnah. Inilah yang dikatakan akhlak Islam yang bersumberkan naqli. Sabda Rasulullah s.w.w. yang bermaksud:
و ما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Maksudnya : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk memnyempurnakan akhlak yang mulia”.

Diri Rasulullah S.A.W itu sendiri adalah menjadi model kepada akhlak Islam dan menjadi ikutan ummah. Aishah sendiri pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah S.A.W, dan beliau menjawab bahawa akhlak Rasulullah S.A.W adalah al-Quran . Akhlak dalam Islam adalah amat penting , malah sama pentingnya dengan Islam itu sendiri ( Abdul Karim Zaidan: 1987 ).

Sebagai kesimpulannya dapat dikatakan bahawa akhlak dalam Islam adalah menyeluruh , ia menjadi dasar kepada tatacara kehidupan insane , baik dalam hubungannya dengan Allah , manusia , mahupun alam seluruhnya. Oleo itu , akhlak dapat dihuraikan dalam tiga bentuk hubungan :
a. Akhlak manusia terhadap Allah .
b. Akhlak manusia sesama manusia
c. Akhlak manusia terhadap makhluk yang lain.

Maka di sinilah keistimewaan akhlak Islam yang mana dapat mencorakkan kehidupan seseorang individu, masyarakat dan seterusnya umat keseluruhannya.

CIRI-CIRI ISLAM

Islam sebagai manhaj kehidupan mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat pada agama ciptaan manusia. Di antara ciri-cirinya ialah (Musa b. Fathullah Harun: 1996):
1. Rabbani
2. Syamil dan kamil
3. Waqi’e atau praktikal
4. Tinggi atau agung.
5. Alami atau sejagat
6. Insani
7. Wasati
8. Tetap dan anjal

Sesuai sifatnya sebagai agama akhir zaman yang Allah turunkan untuk alam keseluruhannya, Islam mampu menyelesaikan apa juga persoalan yang muncul kerana ia memiliki ciri-ciri istimewa dan praktikal.

TUJUAN ISLAM
Tujuan besar deenul Islam diturunkan adalah untuk mencapai kemaslahatan hidup manusia di dunia maupun kemaslahatan hidup manusia di akhirat. Di samping menjaga lima kemaslahatan penting manusia, tujuan utama Islam juga antara lain ialah:
1. Mendidik manusia supaya mengenal Pencipta.
2. Mengajar dan memandu manusia supaya dapat mengerjakan ibadah dengan betul dan sesuai seperti yang diperintahkan.
3. Mendidik dan melahirkan insan yang berkualiti.
4. Memberikan jaminan dan keselamatan diri dan harta.
5. Memberikan ruang dan tempat pergantungan.
6. Memberikan harapan dan peluang bagi mendapatkan balsan baik dan tempat kembali yang berkekalan.

KESIMPULAN

Islam sebagai ad deen merupakan manhaj kehidupan yang menyeluruh sifatnya. Maka majadi kewajipan kepada manusia untuk memberikan pengisian yang berkualiti, bersungguh-sungguh dengan penuh kesedaran agar tamadun manusia dapat ditegakkan di atas dasarnya yang kukuh dan mendapat keredaan Allah s.w.t.

KONSEP AL FALAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Pendahuluan

Al-Falah berasal dari Bahasa Arab الفلاح yang bererti kejayaan, kemenangan atau keberuntungan. Perkataan al-falah serta pecahannya disebut dan diulang di dalam al-Quran sebanyak 40 kali. Perkataan lain yang mempunyai maksud yang sama dengannya ialah al-Fauz serta pecahannya terdapat di dalam al-Quran sebanyak 29 kali. Meneliti perkataan al-falah serta pecahan-pecahannya dan al-fauz serta pecahan-pecahannya di dalam al-Quran didapati kejayaan hakiki yang dimaksudkan di dalam Kitab Allah SWT itu adalah kejayaan mendapat keredhaan-Nya dan memasuki syurga yang abadi di akhirat serta kejayaan mempertahankan kemurnian aqidah dan mendaulatkan deen-Nya di muka bumi. Firman Allah s.w.t. bermaksud:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيرُ(11)
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah keberuntungan yang besar”. (Surah al-Buruj 85:11).

Dan firman-Nya:
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُوْلَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمْ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُوْلَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمْ الْمُفْلِحُونَ(22)
“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkanNya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun berasa puas terhadap limpahan rahmatNya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan Allah ituag golongan yang beruntung (المفلحون).
(Surah al Mujadilah58:22)

Allah s.w.t. mendorong serta menyuruh hambaNya berusaha mencapai kejayaan. Ini terbukti dengan terdapat begitu banyak ayat-ayat yang membicarakan tentangnya. Al Quran menghuraikan secara terperinci maksud kejayaan, bagaimana mencapai kejayaan, peringkat-peringkat kejayaan, ciri-ciri orang yang berjaya serta halangan-halangan dalam menuju kejayaan. Bukan sekadar itu, umat Islam juga diseru supaya melangkah ke mercu kejayaan sekurang-kurangnya sepuluk kali sehari melalui laungan azan dari corong masjid atau surau iaitu dalam kalimah (حي على الفلاح).

Aspek-aspek Kejayaan

Kejayaan atau al-falah terbahagi kepada dua aspek, iaitu aspek kejayaan individu dan kejayaan masyarakat.

Kejayaan individu merupakan asas kepada kejayaan sesuatu mayarakat atau umat. Masyarakat atau umat yang dianggotai oleh individu yang gagal di peringkat peribadi sudah tentu tidak boleh menjadi sebuah masyarakat yang berjaya.

Apakah maksud kejayaan individu? Allah s.w.t. menegaskan bahawa seorang individu itu dianggap berjaya atau mencapai kemenangan apabila ia dapat mentazkiahkan jiwanya sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا(7)فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا(8)قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا(9)وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا(10)
“Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kejahatan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”. (Surah al Syams 91:7-10)

Dan firmanNya lagi :
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى(14)وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى(15)
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menucikan diri, mengingati Nama Tuhannya lalu dia bersembahyang” (Surah al A’la 87:14-15)

Ayat-ayat di atas menjelaskan seseorang individu hanya boleh mencapai kejayaan dengan mentazkiah atau menyucikan jiwanya. Jiwa tersebut telah diilhamkan dua jalan, iaitu jalan keburukan dan jalan kebaikan. Orang yang menyuci dan mengemudikan jiwanya di jalan kebaikan itulah yang akan mendapat kemenangan, manakala orang membiarkan jiwanya tersasar ke arah keburukan, tidak akan menjejaki mercu kemenangan.


Menyucikan Jiwa atau Tazkiyyatun-Nafs (تزكية النفس)

Allah s.w.t. telah menyediakan di dalam jiwa setiap manusia dua kecenderongan yang berlawanan. Setiap orang mempunyai potensi yang cukup untuk menjadi baik atau sebaliknya. Di sini letaknya tanggungjawab setiap individu untuk membuat pilihan. Kelau memilih untuk menjadi baik, maka dia mesti berusahah dan bermujahadah mematahkan tarikan dan lambaian ke arah kejahatan yang berpusat di dalam dirinya sendiri. Bagi memastikan perjalanan ke mercu kejayaan tidak kecundang, dia harus menundukkan bebrapa sifat yang merupakan penghalang utama yang terdapat di sepanjang perjalanannya. Anatara sifat tersebut ialah: hasad, ria’, ‘ujub, takabbur, hubud-dunia (حب الدنيا), gopoh-gapah (العجله), marah, putus asas dan sebagainya.

Hasad

Hasad atau dengki merupakan satu sifat yang sangat keji. Orang yang memilki perasaan ini tidak akan berasa senang melihat orang lain mendapat kebaikan. Ia sentiasa berharap dan ternanti-nanti kebaikan yang dikecapi orang lain itu musnah atau hilang dari tuannya. (Ahmad bin abd Rahman Ibn Qudamah, Mukhtasor Minhajul Qasidin, Maktabah Darul Bayan, Damsyiq, m.s.186)

Menurut Ahmad bin Abd Rahman Ibn Qudamah hasaad merupakan natijah yang lahir dari dendam yang terpendam. Manakala dendam yang terpendam itu pula berpunca dari perasaan marah atau permusuhan. (Ahmad bin abd Rahman Ibn Qudamah, Mukhtasor Minhajul Qasidin, Maktabah Darul Bayan, Damsyiq, m.s.186)
Hasad laksanan racun yang berupaya memusnahkan segala kebaikan yang ada pada seseorang atau yang dilakukannya. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Sesungguhnya hasad akan memakan segala kebaikan seperti mana api memakan kayu api.” (Ibn Majah dan Abu Dawud daripada Anas r.a.)
Selain itu, sifat hasad juga sebenarnya tumbuh dan subur di dalam hate yang tidak beriman kepada Allah serta qadha dan qadarNya. Orang yang benar-benar beriman tidak makan membiarkan perasaan ini bertapak di hatinya kerana dia yakin Allah itu Maha Adil dan Amha Bijaksana di dalam Hadis Qudsi maksudnya: “Orang yang dengki itu musuhku. Dia membenci ketentuanKu. Tidak redha dengan pemberianKu terhadap hamba-hambaKu.”

Hasad yang diharuskan.
Meskipun asalnya hasad merupakan tabiat buruk yang dilarang dan dibenci oleh Allah dan Rasul, namun ia diharuskan dalam keadaan tertentu. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Tiada hasad melainkan pada dua tempat, dengki pada seorang lelaki yang dianugerahi al Quran, lalu ia menegakkan dengan membaca dan mengamalkannya siang dan malam, dan dengki pada seorang lelaki yang Allah beri padanya harta, lalu dia menafkahkan hartanya pada jalan kebenaran siang dan malam.” (Riwayat ql Bukharai dan Muslim daripada Ibn ‘Umar r.a.)

Jadi maksud dengki yang diharusan di sini ialah berasa cemburu melihat kebaikan yang ada pada oaring lain sehingga mencetuskan keinginan untuk memiliki kelebihan yang sama, bukan berharap untuk menghilangkan kebaikan yang ada pada orang tersebut.

Penawar hasad.
Penawar paling mujarab untuk mengatasi dan merawat penyakit hasad ialah redha dan zuhud. Terima segala ketentuan yang dianugerah oleo Allah dengan redha di samping sentiasa bersikap zuhud, tidak terlampau mencintakan dunia dan segala yang ada di dalamnya. Allah s.w.t. berfirman maksudnya: ‘Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. Bagi orang lelaki ada bahagaian dariapda apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bermohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah an nisa’ 4:32)

Ria’ (ريأ)
Ria’ bermaksud mencari tempat atau kedudukan di hate manusia dengan memperlihatkan kepada mereka sifat-sifat yang baik. Sifat-sifat yang baik di sini selalunya lebih dikhususkan kepada ibadah. Ringkasnya ria’ boleh ditakrifkan: melakukakan ibadah dan menzakirkannya bertujuan untuk mencari tempat di hate manusia. (Al Ghazali, Ihya’ Ulumud-din, jil.4, Darul-Jil, Beirut,1992)

Manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah semata-mata. (Surah adz Dzariat:56). Dialah yang menilai dan menerima segala kebiakan yang dilakukan oleh hambaNya. Amalan yang dilakukan bukan keranaNya sedah tentu tidak kan diterimaNya. Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Maka barang siapa yang berharap kan menemui Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah dia mempersekutukan seorangpun dalam ibadah kepada TuhanNya.” (Surah al Kahfi 18:110). Kelas di sini bahawa ria’ bertentangan dengan tujuan ibadah yang sebenarnya, iaitu mecari keredhaan Allah dan mengharap pertemuan denganNya. Lantaran itu orang yang ria’ tidak akan mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah, sebaliknya merka akan disiksa di dalam neraka sebgaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lali dari solatnya, orang-orang yang ria’…..” (Surah al Ma’un 107:4-6). Di dalam hadis, baginda Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti akan menimpa kamu ialah syirikyang paling halus.” Sahabat bertantaya: “Apakah syirik yang paling halus itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Ria’. Allah ‘Azza wa Jalla akan berkata pada hari kiamat nanti, ketika Dia membalas amalan hambaNya:”Pergilah kamu kepada orang yang kamu tunjuk-tunjukkan amalan kamu itu di dunia dahulu. Lihatlah ! Adakah kamu mendapat ganjaran daripada mereka?” (Riwayat Ahmad dan al Baihaqi)

Kibr dan Takabbur (كبر دان تكبير)
Faktor-faktor Kibr dan Takabbur
Sifat takabbur lahir dari perasaan bahawa diri memiliki kesempurnaan , sama ada kesempurnaan dari segi agama atau kesempurnaan dalam hal-hal yang bersangkutan dengan keduniaan . Imam al-Ghazali (m.s.149) telah menyimpulkan tujuh factor yang menyebabkan suburnya sifat kibr, iaitu ilmu, amal, keturunan, kecantikan, kekuatan, harta dan penyokong atau pengikut yang ramai.

Merawat takabbur.
Jelas bahawa kibr dan takabbur merupakan sifat keji yang menghalang kemajuan dan boleh membinakan diri sendiri . Lantaran itu menjadi tanggungjawab setiap individu merawat dan mencabut sifat ini hingga ke akar umbinya. Rawatan hendaklah dilakukan dengan mengikuti langkah-langkahnya dengan betul . Langkah yang paling penting ialah kenali diri sendiri serta Pencipta yang Maha Agong. Ingat siapa diri kita, dari mana asal kita dan ke mana akhirnya diri kita. Sekiranya seseorang benar-benar menginsafi asal-usul kejadiannya, sudah cukup untuk dia tidak berasa sombong dan angkuh dengan apa yang ada pada dirinya.

Ciri-ciri Orang Yang Berjaya
Dari apa yang diperkatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa kejayaan seseorang , khususnya pada peringkat individu tidak akan menjadi kenyataan tanpa usaha individu itu sendiri di dalam mentakziah jiwanya . Tidak ada siapa boleh membantu kecuali diri yang benar-benar ikhlas bermujahadah sambil berdoa memohon pertolongan daripada Allah s.w.t . Dengan keikhlasa serta mujahadah yang berterusan kejayaan akan dapat dicapai . Pencapaian kejayaan boleh diukur dengan terserlahnya cirri-ciri orang yang berjaya sebagaimana yang digambarkan di dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman , iaitu orang-orang yang khusyu’ di dalam solatnya , orang-orang yang menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak berguna , orang-orang yang menunaikan zakat , orang-orang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri dan hamba-hamba yang mereka miliki , maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang lain daripada itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat serta janji mereka , orang-orang yang menjaga solat-solat mereka. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, iaitu yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.”(Surah al-Mu’minun 23: 1-11)

Ciri Pertama: Khusyu’ Di Dalam Sembahyang

Sembahyang merupakan rukun Islam yang paling utama selepas syahadah. Ia diibaratkan sebagai tiang agama. Tanpanya runtuhlah agama. Namun, sekadar sembahyang belum tentu menjamin kemenangan. Allah s.w.t hanya menjamin kemenangan bagi mereka yang khusyu’ di dalam sembahyangnya.

Kekhusyu’kan lahir dari perasaan taqwa, takut serta gentar berhadapan dengan Allah Yang Maha Perkasa. Orang yang bernar-benar mengenali Allah, mengetahui sifat-sifat-Nya Yang Maha Agong, Kebesaran serta Kekuasaan-Nya yang tiada tara, dengan sendirinya akan menginsafi kekerdilan dan kehinaan diri di hadapan Allah ‘Azza wa Jalla. Keinsafan melahirkan rasa takut, malu dan gentar, lalu sekelian anggota tunduk menyepi, mengadap penuh mengharap. Anda boleh bayangkan ketika anda dipanggil bertemu dengan orang atasan anda. Sebelum pergi anda telah berfikir-fikir baju apa hendak dipakai, bagaimana cara hendak masuk ke biliknya , bagaimana memek muka dan sebagainya . Dan ketika bertemu dengannya tentu anda tidak terfikir untuk melayan atau memberi perhatian kepada orang lain,walaupun orang yang paling anda sayangi.Demikian bila kita mengadapAllah s.w.t. yang jauh lebih besar,lebih berkuasa daripada orang atasan kita.Tetapi mengapa kadang-kadang kita tidak merasai kebesaran-Nya? Jawapannya ialah kerana jiwa kita tidak ditazkiah,yang menyebabkan banyak halangan yang merentangi perjalanan menuju kejayaan.

Ciri Kedua: Menjauhi Perkara Yang Tidak Berfaedah (اللغو)

Perkara yang tidak berfaedah termasuk kata-kata, perbuatan, pakaian, makanan, perhiasan, perasaan, pemikiran, dan sebagainya yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat sama ada di dunia atau di akhirat.Contoh perkara yang tidak berfaedah ialah yang diharamkan oleh Allah s.w.t Kata-kata yang tidak berfaedah ialah seperti mengumpat, memfitnah, mempersenda, atau mengejek.Contoh perbuatan ialah seperti menipu, merosakkan kemudahan awam, melepak, dan sebagainya.

Orang yang beriman pastinya tidak mempunyai masa untuk melakukan perkara yang tidak mendatangkan apa-apa hasil baik di dunia atau di akhirat kerana baginya hidup di dunia hanya seketika cuma. Masa yang ada harus digunakan semaksimumnya untuk bekalan kehidupan di alam akhirat yang tiada penghujungnya.

Ciri Ketiga: Mengeluarkan Zakat

Mukmin yang berjaya tidak memikirkan kepentingan diri semata-mata.Dia sedar harta yang diperolehi,walaupun dengan usaha dan titik peluhnya sendiri, tetapi dia tidak mungkin memiliki semua itu tanpa kudrat serta ni`mat daripada Allah s.w.t. Lantaran itu seseorang hanya boleh berjaya bila dia dapat membebaskan diri dari belenggu kepentingan diri, sayang harta, lokek jiwa.

Ciri Keempat: Memelihara Kemaluan

Hubungan seksual merupakan sebahagian daripada naluri yang dibekalkan oleh Allah di dalam diri setiap insan sesuai dengan hikmah penciptaannya,iaitu menjadi khalifah di bumi.Khalifah bermakna makhluk yang silih berganti dari satu generasi lahir generasi yang berikutnya.Bagi memastikan naluri itu berfungsi dengan sebaiknya, Allah s.w.t. mensyari`atkan perkahwinan.Tanpa perkahwinan terputuslah generasi.Begitu juga jika dibiarkan naluri yang dibekalkan dugunakan tanpa batasan.
Dengan itu setiap individu berkewajipan mengawal nafsunya demi keselamatan generasi yang bakal mewarisinya.Kegagalan melahirkan generasi yang sejahtera adalah kegagalan dalam melaksanakan sebahagian daripada fungsi yang diamanahkan kepadanya.

Ciri Kelima: Menunaikan Amanah Dan Janji

Pepatah Melayu mengungkapkan ‘kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya’.Amanah serta janji adalah asas hubungan setiap individu dengan pihak lain.Sebelumlahir ke dunia ini semua manusia telah berjanji dengan Allah Yang Maha Pencipta untuk menyembah dan beribadah kepada-Nya(Lihat surah al-A`raf 7:172).Manusia juga telah menyanggupi di hadapan-Nya untuk memikul amanah yang telah ditolak oleh langit, bumi, dan bukit bukau.(Lihat al-Ahzab 33:72)
Semua itu merupakan amanah serta janji yang paling asas. Sekiranya janji itu dimungkiri, sukarlah untuk kita mengharapkan janji-janji lain ditepati.

Lantaran itu gejala mengkhianati amanah dan memungkiri janji begitu berleluasa di dalam masyarakat. Lebih malang lagi bangsa Melayu sering dikaitkan dengan tabiat tidak menepati janji. Maka untuk berjaya, tiada pilihan kecuali menyempurnakan amanah dan menepati janji.

Ciri Keenam: Memelihara Solat

Ciri pertama berkaitan dengan solat, ciri terakhir juga berkaitan dengan solat.Isyarat yang cukup jelas menunjukkan betapa pentingnya kedudukan solat di dalam Islam.Islam tidak mengiktiraf kejayaan yang dicapai oleh seseorang sekiranya dia meremehkan solat.Menjaga solat dari segi waktunya, rukun-rukun serta syarat-syaratnya, adab-adab serta hikmah-hikmahnya, adalah teras utama untuk berjaya.

Kejayaan Masyarakat

Allah s.w.t. menegaskan bahawa masyarakat yang berjaya ialah masyarakat yang dianggotai oleh individu yang memiliki ciri-ciri tertentu dan sama-sama mendokong prinsip tauhid, amar ma`ruf, nahi mungkar, dan sedia berkorban demi mempertahankan yang hak (حق) dan melawan yang batil(باطل) .Di antara ayat yang mengupas ciri-ciri masyarakat yang berjaya ialah:

“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun oran-orang itu bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hate mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun berasa puas terhadap limpahan rahma-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung”. (Surah al-Mujadilah 58: 22)

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung” (Surah Ali ‘Imran 3: 104)

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya , maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang beriman, bersikap keras terhadap orang yang kafir, mereka berjihad di jalan Allah, dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah , diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang”. (Surah al-Maidah 5: 54-56)

Langkah-langkah untuk berjaya

Pertama: Tasawur yang jelas mengenai konsep kejayaan dan kegagalan . Di dalam buku Tujuh Tabiat Orang Yang Amat Berkesan penulis menyebut “ Mulakan dengan mengingati matlamat. (Stephen R. Covey, Tujuh Tabiat Orang Yang Amat Berkesan, terjemahan Leo Ann Mean ( 1996 ), Prentice Hall Malaysia, m.s 100 ) Memang benar, setiap perjalanan harus dimulakan dengan gambaran yang jelas destinasi yang hendak dituju. Jika tidak, bagaimana hendak mengukur jaraknya dan bagaimana mengetahui tujuan dia belajar, dia menyangka peluangnya memasuki sesebuah universiti sebagai suatu kejayaan, walhal itu hanyalah suatu permulaan. Kejayaan yang hendak diburu masih jauh. Banyak halangan yang perlu ditempuh.

Demikian juga untuk mencapai al-falah yang sebenarnya menurut perspektif Islam, kita harus memahami maksudnya dengan jelas sebagaimana yang diterangkan di dalam al-Quran dan as-Sunah. Tidak cukup sekadar itu, kita harus memahami lawannya iaitu kegagalan serta kerugian agar kita tidak terjebak ke dalamnya tanpa disedari.

Al-Quran menerangkan erti kegagalan dan kerugian serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya secara terperinci sebagaimana diterangkan mengenai kejayaan. Istilah kegagalan yang digunakan di dalam al-Quran ialah al-khusr (الخسر ).
Terdapat 65 tempat di dalam Al-Quran perkataan khusr serta pecahannya. Antaranya firman Allh s.w.t. yang bermaksud :
“Orang-orang yang mencabuli perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi.Mereka itu ialah orang-orang yang sungguh rugi”.(Surah al-Baqarah 2:27)

“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah : mereka itulah puak syaitan.Ketahuilah ! Bahawa puak syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi”(Surah al-Mujadilah 58:19)

“Kemudian apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan. Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam ”.(Surah al Mu`minin 23:101-103)

Kedua: Mengikuti landasan yang betul.Bila sudah jelas arah mana hendak dituju, langkah pertama adalah menentukan jalan yang hendak dilalui.Dalam hal ini, jalan yang dipilih mestilah jalan yang diyakini dapat membawa kita ke matlamat yang hendak dicapai.Kriteria pemilihan jalan bukan terletak pada susah atau senangnya jalan itu, dekat atau jauh jaraknya.Satu-satunya jalan yang mesti diambil ialah yang berhubung terus ke destinasi yang hendak dituju, iaitu al falah.Allah s.w.t berfirman maksudnya:”
Hai orang-orang yang beriman , dan bertaqwalah kepada Allah , supaya kamu beruntung”. (Surah Aali ‘Imran 3:200)

Ayat di atas menggariskan tiga langkah mencapai al falah, iaitu sabar dan musabarah (الصبروالمصابرة), murabatah ((المراطبة dan taqwa.

Sabar bermaksud: meneguhkan pendirian di atas landasan agama dalam menghadapi runtunan syahawat. Orang yang dapat mempertahankan nilai dan ajaran agama dengan mengalahkan runtutan syahawat, dikatakan orang yang sabar. Sebaliknya orang yang tewas pada runtututan syahawat sehingga runtuh nilai agama yang dipegangnya maka dia termasuk dalam golongan pengikut syaitan. Lantaran itu sifat sabar ini hanya khusus bagi manusia sahaja, tidak ada pada binatang kerana binatang adalah makhluk yang lemah. Begitu juga para malaikat kerana binatang adalah mereka tidak mempunyai nafsu. (Ahmad bin Abd Al-Rahman bin Qudamah, Mukhtasar Minhajul Qasidin, m.s 268, 269)

Untuk lebih jelas, kita lihat sebagai contoh: antara ciri mukmin yang berjaya ialah yang khusyu’ di dalam sembahyang sebagaimana yang telah diterangkan di atas. Untuk menunaikan sembahyang itupun sudah memerlukan kesabaran kerana ia tidak digemari oleh nafsu. Bila kita melawannya dan mula bersembahyang, semakin kita memerlukan kesabaran kerana nafsu, dengan bantuan syaitan, semakin kuat mengasak supaya kita leka dan lalai ketika sedang bersembahyang. Sebab itu tanpa kesabaran, usah mimpi kejayaan dapat dicapai.

Murabatah bermaksud mengikat diri dengan sesuatu atau ditempat tertentu. Dalam konteks ini, kita mengikat diri dengan beberapa tanggungjawab, mengikat diri supaya tidak berganjak dari landasan dan mengikatnya supaya tidak melupakan matlamat yang hendak dicapai. Di dalam buku Mukhatas Minhajul Qasidin, pengarangnya menggariskan enam peringkat muratabah, iaitu : Musyarakah (مشارطة), muqarabah (مراقبة), muhasabah (محاسبة), mu’aqabah (معاقبة), mujahad (مجاهدة) dan mu’abatah (معاتبة).

Musyaratah bermaksud meletakkan beberapa syarat ke atas diri sendiri, syarat yang mesti dipegang dan dipatuhi sepanjang jalan menuju kejayaan. Selepas itu perhatikan selalu sama ada syarat tadi dipatuhi atau tidak. Ini dinamakan muqarabah. Langkah ketiga ialah muhasabah, iaitu membuat perhitungan sama ada sesuatu pekerjaan atau langkah yang dibuat itu mendatangkan keuntungan atau sebaliknya. Sekiranya terdapat kegagalan disebabkan kecuaian dalam melaksanakan apa yang telah ditetapkan, maka diri perlu dikenakan tindakan atau hukuman. Langkah ini dinamakan mu’aqabah. Langkah seterusnya ialah mujahadah, iaitu tingkat usaha, khususnya bila berlaku kecuaian atai ketidak sempurnaan di dalam menyelesaikan tugas yang terdahulu. Dan akhir sekalu supaya tidak leka, malas atau bersikap sambil lewa di dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Tidak lupa hari peristiharan kemenangan dan penganugerahan ganjaran yang dinanti-nantikan.

Ketiga : Mengatasi Rintangan

Sesungguhnya jalan kemenangan tidak dihampar dengan permaidani merah. Jalan kemengan adalah penuh ranjau, onak dan duri. Hanya mereka yang sabar dan sanggup merentasi segala cabaran yang merentang sahaja yang akan berjaya mencapai destinasi. Rasulullah s.a.w. telah meramalkan cabaran dan dugaan yang akan dihadapi oleo para mukmin dalam perjalanan mengejardugaan yang akan dihadapi oleo para mukmin dalam perjalanan mengejar kejayaan. Halangan-halangan tersebut disimpulkan di dalam sabda baginda yang bermaksud: “Orang mukmin sentiasa berada di ambang lima dugaan yang susah, mukmin yang dengki padanya, munafiq yang benci kepadanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang mengalahkannya.’ (Fathi Yakan, Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, terjemahan Ustadh ‘Abdul Ghani Shamsudin (1985), Dewan Pustaka Fajar, m.s.21)

Halangan Pertama : Orang Mukmin Yang Dengki
Sebagaimana yang telah diperkatakan sebelum ini, dengki atau hasad merupakan penyakit hati yang berbahaya. Hasad boleh mengikis iman seseorang mu`min jika ia tidak segera bertaubat dan kembali siuman. Penuntut yang gigih berusaha memburu kejayaan, yang aktif, pintar dan berbakat, akan sentiasa terdedah kepada cacian lidah orang-orang yang hasad serta tipu daya mereka.Mereka dengki kepada kelebihan yang ada pada penuntut tersebut.Mereka sentiasa mengintai dan menunggu masa yang sesuai untuk mencetuskan pertembungan dan menjatuhkan imejnya.Untuk menghadapi pendengki, Islam menganjurkan agar kita berhati-hate terhadap golongan ini.Jauhkan diri, elakkan pergaulan serta waspada terhadap tutur kata mereka.Allah s.w.t. juga telah mengajar sekelian hamba-Nya agar memohon perlindungan-Nya daripada kejahatan orang yang dengki.(Lihat surah al-Falaq 113: 5)

Halangan Kedua : Munafiq Yang Membenci
Golongan munafiq ada di mana-mana pada setiap masa. Orang-orang munafiq biasanya suka mencetuskan krisis, melaga-laga dan memecah belahkan umat Islam. Mereka berselindung di sebalik kata-kata yang lonak dan janji-janji yang manis. Allah s.w.t serta Rasulullah s.a.w mendedahkan kepada kita ciri-ciri orang munafik supaya kita berhati-hati terhadap tipu daya mereka. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Empat sifat sesiapa yang memiliki kesemuanya maka dia adalah munafik sejati. Sesiapa yang memiliki satu daripadanya maka dia mempunyai satu ciri daripada ciri-ciri munafik sehinggalah dia membuangkannya: Apabila berkata ia berdusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila bersumpah setia ia khianati dan apabila bertengkar ia melampaui batas”. (Riwayat Ahmad)

Golongan munafik sangat bencikan orang beriman dan ingin melakukan kebaikan. Hati mereka hangus terbakar bila melihat mukmin mencapai kejayaan, atau melihat Islam mendapat kemenangan. Allah SWT membongkar kebusukan hati mereka di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Jika kamu memperoleh kemenangan nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui aegala apa yang mereka kerjakan”. (Surah Ali Imran 3:120)

Halangan Ketiga : Orang Kafir Yang Memerangi.

Orang kafir merupakan golongan yang tidak beriman kepada Allah, menolak risalah yang dibawa oleh Rasul-rasul Allah. Hati mereka tertimbus dengan kebatilan. Roh mereka terkepong dalam kesesatan. Mereka bukan saja tidak boleh melihat kebenaran, malah memusuhi dan memerangi orang-orang yang menyeru kepada kebenaran. Oleh kerana hati mereka telah tertutup rapat di dalam kawah kesesatan, mereka menganggap dunia mereka yang gelap itu sebagai terang benderang sedang orang lain semuanya buta. Allah SWT menceritakan hal keadaan orang kafir di dalam firmannya yang bermaksud: “Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Tuhan dan pertemuan dengan-Nya. Maka hapuslah amalan-amalan mereka dan Kami tidak mengadakan suatu penilaianpun bagi mereka pada hari Kiamat”.

Kadang-kadang manusia menjadi kafir bukan kerana mereka tidak mengetahui kebenaran tetapi kerana sombong atau dengki kepada orang yang membawa dan menyampaikan kebenaran itu. Ini mendorong mereka terus memusuhi dan memerangi pendokong-pendokong kebenaran. Firman allah SWT bermaksud:
“Dan ingatlah ketika orang-orang kafir (Quraisy) menyusun tipu daya tehadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka merancang tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”. (Surah Al-Anfal 8:30).

Pada hari ini permusuhan orang-orang kafir terhadap Islam serta penganutnya semakin sengit. Hampir seluruh dunia berada di bawah telunjuk mereka. Segala yang ada baik harta, pangkat, ilmu, kepakaran, teknologi dan sebagainya digunakan untuk memesongkan umat Islam dari agama mereka. Kejayaan terbesar mereka pada hari ini ialah menjadikan umat Islam hanya Muslim pada nama sedang nilai yang dipegang, cara hidup yang diamalkan, tingkah laku serta tutur kata seharian tidak ada bezanya dengan mereka yang tidak beriman. Orang-orang yang istiqamah di atas jalan kebenaran yang mempertahankan nilai serta suruhan agama di dalam hidup mereka dihina dan dipandang serong seolah-olah mereka adalah golongan yang sesat dan tidak bertamadun.

Halangan Keempat : Syaitan Yang Menyesatkan

Syaitan memang musuh mu’min yang paling besar. Ia tidak jemu menipu, menimbulkan karaguan dan meransang ke arah kejahatan. Selagi ada hayat dikandung badan dan selama iman masih bertakhta di dada selama itu ia tetap merasuk. Iblis, ketua segala syaitan telah bersumpah sebagaimana diceritakan oleh Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Demi kemuliaan Mu Allah, akan aku perdaya mereka (anak Adam) semuanya kecuali para hamba-Mu yang ikhlas di kalangan mereka”. (Surah Shaad 38;82,83)

Kerana sumpah bapa segala syaitan ini maka mukmin hendaklah lebih waspada terhadap syaitan dari musuh-musuh yang lain sebab syaitan musuh yang bukan kepalang bahayanya. Firman allah SWT bermaksud:
“Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu maka anggaplah ia benar-benar musuh. Sesungguhnya sekutu-sekutunya menyeru supaya mereka dan kamu menjadi penduduk neraka”. (Surah Fathir 35:6)

Celakanya syaitan ini ialah kalau ia gagal merasuk, memujuk dan menimbulkan was was dari sudut maka ia datang merasuk pula dari sudut yang lain. Demikianlah kerjanya. Memang benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya syaitan itu meresap ke dalam diri anak Adam persis seperti mengalirnya darah di dalam tubuhnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bagaimana syaitan menyelinap masuk ke dalam diri anak Adam? Banyak cara dan jalan yang digunakannya untuk menggoda dan mempengaruhi manusia. Jalan yang paling senang ialah menggunakan hawa nafsu serta kelemahan yang ada pada manusia itui sendiri. Contohnya Nabi Adam A.S. dan isterinya Hawa berjaya dipengaruhinya dengan menggunakan keinginan mereka berdua untuk kekal di dalam syurga. Allah mengesahkan tipu daya Iblis ini di dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Kemudian iblis membisikkan fikiran jahat kepadanya dengan berkata: “Hai Adam mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon khuldi (Kekal) dan kerajaan yang tidak akan binasa?” Maka keduanyapun memakan dari buah pohon itu….”(Surah Toha 20:120,121).

Satu lagi cara yang paling berkesan yang sering digunakan oleh syaitan untuk mempengaruhi manusia ialah cara Tazyin. Tazyin maksudnya menghias, iaitu syaitan menghiasi kejahatan itu supaya kelihatan baik dan elok, umpamanya syaitan berkata : “Tidak salah duduk berduaan dengan perempuan yang bukan mahram kalau tujuan kita baik sebab kita cuma nak ajar subjek yang dia tak faham”. Atau: “Kita pakai macam ni bukan niat nak tunjuk kat orang sekadar nak mengikuti perkembangan zaman”. Dan bermacam-macam lagi bisikan bagi membenarkan sesuatu maksiat itu dilakukan secara terang-terangan dengan perasaan yang cukup selesa kerana perbuatan itu telah dihias sehingga kelihatan cukup baik. Taktik tazyin ini juga telah didedahkan di dalam ayat Al-Quran yang bermaksud :
فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَكِنْ قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمْ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ(43)
“Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.(Surah Al-An’am 6:43)

Halangan Kelima : Nafsu Yang Mengalahkan

Halangan kelima dalam menuju Al-Falah ialah kebejatan dan keliaran nafsu yang tertanam di dalam diri sendiri. Orang yang tewas di medan pertempuran dengan nafsu sendiri tidak akan berjaya di dalam medan yang lain sebagaimana ditegaskan oleh Allah SWT yang bermaksud :

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنْ الْهَوَى(40)فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى(41)
“Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, - Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.(Surah An-Naziat 79: 40,41)

Jadi orang yang sebenarnya beruntung ialah orang yang dapat memenangkan dirinya dalam pertarungan dengan nafsunya walaupun ia kehilangan dunia dan apa yang ada di dalamnya. Sebaliknya orang yang sebenarnya rugi ialah orang yang mensia-siakan dirinya, dikalahkan oleh nafsunya walaupun zahirnya ia memperolehi dunia serta sanjungan semua manusia.

Konsep Ummatan Wasatan

Pendahuluan

Umat Muslimin adalah berbeza berbanding dengan masyarakat yang lain. Ia adalah umat yang agung di alam ini, umat Rabbani, kemanusiaan, berakhlak dan seimbang. Umat Islam dituntut menegakkan masyarakat ini sehingga mereka dapat mendaulatkan agama dan menjiwainya dan hidup di bawah naungan kehidupan Islam yang sempurna.

Oleh itu adalah penting di sini untuk memahami konsep Ummatan Wasatan dan ciri-ciri utama masyarakat Islam sebagai satu model yang diidamkan.

Firman Allah :
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Surah Al-Baqarah : 143)

Maksud Ummatan Wasatan.

“Wasatan” adalah bermaksud tengah seperti Kaabah terletak di tengah bumi, demikian juga Kami jadikan kamu di bawah dari taraf nabi-nabi dan lebih dari taraf umat-umat lain. Wasat juga bermakna “al-Adl”. (Al-Qurtubiy, Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qaherah: Dar Al-Kitab Al-Arabiyy, Ed. 2, 1967 / 1387, 2 / 153)

Menurut Al-Qurtubiyy, “wasatan” bererti sederhana martabat, iaitu di bawah dari para nabi dan atas dari umat-umat yang lain. Atau bermaksud sederhana dengan erti tidak keterlaluan dari segi “ghuluw” seperti umat Nasara atau “Taqsir” seperti umat Yahudi. Menurut hadis Abu Sa’id Al-Khudri, maksud Wasatan dalam ayat di atas ialah Al-Adl. Digunakan juga bagi maksud kedudukan terbaik (Al-Khiyar) atau kedudukan mulia (Ahlu Al-Hasb). (Al-Qurtubiy, Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 2/150. Lihat : Al-Raziyy, Fakhr Al-Raziyy, 2/107 – 108) atau memiliki kelebihan (Al-Raziyy, Fakhr Al-Raziyy, 2/107 – 108).

Ini bererti bahawa umat Muhammad dengan ajaran iman dan syariah yang terpelihara dan kekal sehingga ke akhir zaman itu serta pengalaman sejarah perjuangan mereka dengan golongan Yahudi dan Nasrani serta golongan musyrikin yang lain itu, menjadikan mereka umat yang bersifat dengan sifat-sifat keadilan, kesederhanaan dan kebaikan seerta kelebihan yang boleh diterima percakapan dan persaksian mereka.

Maksud Syuhada’ Ala An-Nas / شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ

Maksud “syuhada” ialah bahawa umat Muhammad menjadi saksi ke atas umat atau Nabi atau bagi umat dan nabi lain di mahsyar (hadis Said al-Khudriyy – riwayat al-Bukhariyy). Ada pendapat mengatakan bahawa maksud ayat ini menjadi saksi oleh sebahagian ke atas sebahagian yang lain selepas mati (hadis Anas – Riwayat Muslim).

Ada pendapat yang bermaksud umum di mana umat Muhammad adalah menjadi saksi ke atas seluruh umat manusia berbeza dengan umat lain di mana hak persaksian hanya diberi kepada Nabi mereka untuk umatnya sahaja. (hadis Ubadah bin Al-Somit – riwayat At-Tirmiziyy). (Al-Qurtubiyy, al-Jami’a Li Ahkam Al-Quran, 2/154 – 155) Lihat : Ibnu Kathir, Al-Quran Al-Adzim, 1/190 – 191).

Ini bererti bahawa umat Muhammad dengan segala sifat keadilan, kelebihan dan keterpilihan itu, pengalaman kiblat kepada Baitul Muqaddis di samping kiblat Nabi Ibrahim ke Masjidil Haram di Makkah yang kekal serta kehadiran mereka sebagai umat akhir zaman yang mengetahui segala kisah umat terdahulu melalui Al-Quran itu adalah menjadikan mereka dan Rasul mereka benar-benar layak menjadi saksi ke atas semua manusia termasuk umat terdahulu, berbanding umat lain seperti umat Yahudi dan Nasrani dengan pengalaman sikap keterlaluan mereka terhadap Allah dan Rasulnya, masakan boleh bersifat adil dan baik kepada sesama manusia.

Mereka menjadi saksi terhadap seluruh umat manusia dan mempunyai kedudukan sebagai hakim yang adil kepada mereka. Manakala rsulullah SAW pula menjadi saksi terhadap umat Muslimin, bagindalah yang menetapkan neraca-neraca, ukuran-ukuran dan nilai-nilai mereka, bagindalah yang menilai amalan-amalan dan adat resam mereka dan menimbangkan segala perbuatan yang terbit dari mereka dengan memberi kata-kata pemutus terhadapnya.

Umat Muslimin adalah umat yang adil dalam segala erti keadilan; sama ada keadilan dengan erti kebaikan dan kelebihan atau keadilan dengan erti kesederhanaan atau dengan ertinya yang fizikal iaitu duduk di tengah-tengah.

i- Umat Islam adalah satu umat yang adil dari segi kefahaman dan kepercayaan. Mereka tidak melampau-lampau dalam kemurnian rohaniah dan tidak pula melampau di dalam kejatuhan kebendaan, mereka mengikut fitrah semulajadi yang diwakili oleh ruh yang disalut dengan jasad. Mereka memberi kepada diri mereka (ruh dan jasad) haknya yang sempurna dengan bekalan masind-masing, agar wujud keseimbangan di antara kedua-dua unsur tersebut.
ii- Umat Islam adalah satu umat yang adil dari segi pertalian-pertalian dan hubungan-hubungan. Mereka tidak mengabaikan sahsiah individu dan nilai-nilainya dan tidak pula menghapuskan sahsiah individu di dalam sahsiah kelompok atau negara. Mereka tidak menjadikan individu itu bebas lepas, mementing diri sendiri, tamak dan menjaga faedah diri sahaja. Malah mereka membebaskan motif-motif dan tenaga-tenaga manusia sekadar yang boleh membawa manusia kepada kemajuan dan membebaskan keinginan-keinginan dan ciri-ciri manusia sekadar yang boleh menegakkan sahsiah individu dan kewujudannya kemudian mereka menggalakkan individu untuk berkhidmat kepada masyarakat.Mereka menetapkan tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang dapat menjadikan individu berkhidmat kepada masyarakat dan masyarakat berkhidmat kepada individu dalam satu bentuk hubungan yang selaras dan harmoni.
iii- Umat Islam adalah umat yang adil dari segi tempat. Mereka mendiami kawasan-kawasan pusat dan tengah-tengah bumi. Sehingga ke saat ini, umat yang bumi mereka diselubungi nur Islam ialah umat yang mendiami di kawasan-kawasan di tengah bumi di antara Timur dan Barat dan di antara selatan dan utara. Engan keadaan yang sedemikian umat Islam Masih menjadikan diri mereka sebagai saksi terhadap seluruh manusia. Mereka memberi apa yang ada pada mereka kepada seluruh penduduk bumi dan dengan perantaraan mereka dipindahkan hasil-hasil alam dan hasil-hasil rohani dan pemikiran dari satu tempat ke satu tempat. Merekalah yang memegang teraju pergerakan ini baik dari segi kebendaannya mahupun dari segi kerohaniaannya.
iv- Umat Islam adalah “umat yang pertengahan” dari segi zaman. Kelahiran mereka menamatkan zaman perhambaan manusia sebelumnya dan selepas itu merekalah yang menjadi pengawal zaman kematangan akal manusia. Mereka berada di pertengahan zamn, di mana mereka membersih umat manusia dari kepercayaan-kepercayaan yang karut dan khurafat-khurafat yang masih terlekat pada mereka sejak dari zaman sebelumnya. Merekalah yang menghalang umat manusia dari tersesat dengan akal dan hawa nafsu mereka. Merekalah yang mencantumkan di antara warisan rohani dari zaman-zaman para rasul dengan hasil-hasil pencapaian akal manusia yang terus berkembang subur itu.Merekalah yang dapat membimbing umat manusia ke jalan yang lurus di antarab warisan rohani dan pencapaian akal.
v- Umat Islam adalah satu “umat yang adil” dari segi pemikiran dan perasaan. Mereka tidak membeku dengan pengetahuan-pengetahuan yang diketahui mereka dan menutup segala pintu ujian dan ilmu pengetahuan yang lain. Mereka tidak terikut-ikut atau meniru orang lain malah mereka berpegang teguh dengan kefahaman-kefahaman, cara-cara dan dasar-dasar berfikir yang ada pada mereka. Mereka mengkaji dengan teliti segala hasil pemikiran dan ujian.
vi- Umat Islam adalah satu “umat yang adil” dari segi penyusunan dan penyelarasan. Mereka tidak membiarkan seluruh hidup ini kepada perasaan dan hati manusia sahaja dan tidak pula membiarkannya kepada kuasa undang-undang dan hukuman sahaja. Malah mereka meningkatkan hati nurani manusia dengan bimbingan dan pendidikan dan menjaga kesejahteraan masyarakat dengan undang-undang dan hukuman dan mencampurkan di antara bimbingan dan undang-undang. (Mereka tidak menyerahkan manusia kepada kekuasaan dan hukuman perintah dan tidak pula menyerah mereka kepada ilham hati nurani semata-mata, malah mereka mencampurkan di antara keduanya.)

Ciri-Ciri Khusus Ummatan Wasatan:

Di antara ciri-cirinya ialah:

1. Aqidah dan keimanan yang mantap.

Aqidah Islam merupakan kunci bagi umat Islam untuk membuka era baru dalam dunia yang sudah penuh dengan kerosakan dan kesesatan. Keimanan yang sempurna dapat membentuk manusia memiliki jatidiri, memahami tujuan hidup, mendidik akhlak, selera dan pandangan hidupnya serta dapat mengubah manusia menjadi umat yang berperadaban tinggi. Mereka juga merupakan insan yang sentiasa gigih membela kehormatan dan keislamannya. Mereka berkata benar, rela berjuang di jalan Allah, tidak gentar menghadapi sesiapa jua dan tidak suka berpura-pura dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.


2. Syiar dan Ibadah.

Syiar yang telah difardukan oleh Allah ke atas umatNya (yang terdiri dari rukun-rukun Islam, kefarduan amar makruf dan nahi mungkar serta kefarduan berjihad di jalan Allah) adalah untuk mendidik jiwa umatnya melalui tarbiyyah khusus yang dipupuk dengan peraturan-peraturan tertentu yang harus dipatuhi oleh setiap individu Islam. Ianya juga adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan membina kekuatan rohani dan mental serta merupakan tanda-tanda penampilan yang jelas yang membezakan klehidupan Muslim dan bukan Muslim.

Umat Islam adalah masyarakat pejuang di jalan Allah. Sikap individunya ialah sentiasa bersiap sedia untuk berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan. (Lihat Surah Al-Hajj : 38, 41, 58, 59, 78 dan Surah Al-Maidah : 8, 54). Melaksanakannya menjadi bukti kekuatan aqidah di dalam hati. Ia merupakan tarbiyyah yang sempurna bagi individu dan binaan yang kukuh bagi pembentukan umat. Lantaran itu institusi yang pertama ditubuhkan oleh rasulullah SAW setelah Hijrah ialah pembinaan masjid yang menjadi tempat berkumpul untuk beribadah, sekolah untuk membina ilmu dan tempat permesyuaratan untuk persefahaman.

3. Persaudaraan dan Kesatuan Umat (Masyarakat Antarabangsa).

Masyarakat Islam ditegakkan atas dasar persaudaraan umat manusia. Di atas dasar itulah Islam menghapuskan sistem kasta (kelas) yang merendahkan maruah dan kedudukan manusia. Di dalam masyarakat Islam setiap orang mempunyai kedudukan yang sama dalam pergaulan dengan orang lain. Rasulullah SAW mengingatkan bahawa “Tiada padanya kelebihan seorang Arab ke atas seorang bukan Arab melainkan orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT. (Lihat Surah Al-Hujurat : 13).

Aqidah Tauhid membentuk kesatuan yang kukuh bagi kaum Muslimin, kesatuan ciptaan Ilahi, ianya mengikat segenap kaum muslimin walaupun jauh jarak yang memisahkan mereka. Kesatuan itulah yang menjadikan kaum Muslimin satu umat dan satu keluarga. Mereka sentiasa bermuafakat dalam membuat sesuatu keputusan, mengambil berat, mendengar nasihat dan sama-sama merasai suka-dukanya.

4. Akhlak, Kesopanan dan Nilai-nilai Kemanusiaan.

Islam mendidik peribadi dan akhlak umatnya melalui ibadat-ibadat yang ditetapkan oleh Allah, contohnya melalui solat lima waktu sehari semalam. Terdapat persamaan yang dilihat melalui barisan-barisan (sufuf) berhimpitan di dalam masjid. Islam menekankan bahawa semua orang mempunyai kedudukan yang sama di sisi Allah dan Islam tidak memandang kepada kedudukan atau pekerjaan seseorang di kalangan masyarakat.

5. Pensyariatan dan Perundangan.

Syariah Islamiyyah merupakan pelindung masyarakat. Keunggulannya terbukti apabila ia memperlihatkan kesesuaiannya dengan fitrah semulajadi masyarakat. Ia dapat menyempurnakan segala keperluan tanpa terikat dengan faktor masa, tempat dan suasana. Ini tidak terdapat pada mana-mana sistem ciptaan manusia.

Justeru itu Islam perlu merealisasikan kehendak Allah dalam segenap bidang kehidupan, sama ada dalam bermasyarakat, pemerintahan, ekonomi dan lain-lain. Pelaksanaan Syariah Islamiyyah di dalam menjamin ketinggian taraf dan martabat kemuliaan manusia ke tahap yang sebenarnya.

Persiapan-Persiapan Untuk Membina Ummatan Wasatan

1. Kekuatan Fizikal dan Pertahanan.

Umat Islam perlu mempersiapkan diri dengan segala kekuatan yang terdaya seperti kekuatan jasmani termasuklah ketenteraan dan persenjataan supaya dapat menimbulkan rasa gerun dan gementar di kalangan musuh-musuh Islam yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam dan Umat Islam.

2. Kekuatan Kerohanian / Spiritual.

Ibadah yang difardukan oleh Allah ke atas umat manusia mengandungi ciri-ciri tarbiah ke arah menunaikan kewajipan dan tanggungjawab dengan sempurna dan berkualiti. Oleh itu sekiranya umat Islam benar-benar mampu menghayati unsur-unsur pendidikan dalam Ibadat khususnya dan benar-benar memahami objektifnya maka sudah tentu mereka menjadi umat yang cemerlang, mampu mengatasi cabaran, sanggup berkotban tenaga, masa dan kewangan dengan penuh ikhlas dan sentiasa dapat menunaikan kerjanya dalam masa yang ditentukan dan mempunyai daya tahan yang kental dan berada di tahap disiplin yang tinggi.

3. Kekuatan Mental / Intelektual.

Kemajuan ilmu pengetahuan dan kemantapan intelektual manusia sering ditegaskan oleh Islam sebagai satu daripada kriteria kekuatan umat. Umat Islam dan negara-negara Islam akan menjadi lemah dan jahil jika mereka mengabaikan ajaran Al-Quran berhubung dengan alam. Hukum Tuhan mengenai alam menuntut manusia menggunakan akal semaksimum mungkin dengan mengkaji dan menyelidik secara terperinci supaya dapat menghasilkan penemuan-penemuan (penghasilan) baru untuk dimanfaatkan oleh seluruh manusia. Jika tidak, umat Islam akan sentiasa berada di belakang dan sentiasa akan menjadi bahan persendaan orang lain.

4. Kekuatan Material

Allah mengingatkan orang-orang Islam bahawa dalam menghadapi persaingan hidup di dunia ini mereka seharusnya sanggup bersaing dan bekerja keras dengan orang lain. Segala kebaikan yang dikurniakan Allah untuk manusia seharusnya direbut oleh orang-orang Islam, dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Mengeksploitasi alam benda ini tidak semestinya melupakan manusia kepada Allah dan nilai-nilai ajaran-Nya kerana menguasai alam kebendaan ini juga merupakan cara untuk mewujudkan kekuatan umat yang sekaligus dapat memberi kehebatan dan kekuatan yang boleh menimbulkan rasa gerun dan gementar musuh-musuh Islam. Oleh itu dalam surah Al-Mukminun ayat 61, Allah menyifatkan orang-orang mukmin sebagai orang yang bersegera untuk mendapatkan segala kebaikan dan merekalah merupakan orang yang berada di hadapan dalam mendapatkan kebaikan itu.

Manakala dalam surah Al-Baqarah ayat 148, Allah menyeru orang Islam supaya berlumba-lumba mencari kebaikan. Di dalam menghadapi perlumbaan ini pula orang-orang Islam seharusnya sentiasa berada di hadapan dan merupakan umat yang pertama mencapai sesuatu yang baik. Lihat juga surah al-Maidah ayat 48, 148).

5. Ukhuwwah dan Kesatuan.

6. Kepimpinan Yang Baik

7. Wawasan Yang Jelas.

Kesimpulan

Inilah ciri-ciri penting yang harus wujud dalam diri setiap orang Islam terutama dalam menghadapi persaingan yang amat pesat pada zaman moden ini untuk mempertahankan maruah harga diri serta menegakkan keamanan, kebenaran dan keadilan. Sekiranya hal ini dapat dipraktikkan dengan baik, disusun jenteranya, strategi dan taktiknya secara teratur dan penuh kesedaran, penuh disiplin dan kejujuran maka umat Islam sepatutnya menjadi umat terbaik atau unggul, menjadi pemimpin dunia tanpa dapat dipermainkan dan diperhinakan seperti yang berlaku sekarang.

Hal inilah yang menjadi pendorong kepada umat Islam silam pada zaman kecemerlangannya berjaya menguasai dunia sehingga ke dunia Barat selama beberapa abad. Semoga sejarah akan mengulangi peristiwa itu berkat usaha kuat dan kesedaran umat Islam hari ini.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com