Mengaku beragama Islam

Manusia sibuk mencari sesuatu yang tidak dapat dibawa balik ke negeri akhirat.
Yang boleh dibawa balik tak dicari.

Sedekah adalah simpanan di akhirat bukan sumbangan kepada seseorang.

Kamu agama apa?
Agama Islam....

Kamu buat apa yang dilarang oleh Allah
Kamu tinggal apa yang disuruh oleh Allah
Apa agama kamu?
Kamu bukan beragama Islam

abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Dosa-Dosa Besar

PENDAHULUAN
Dosa besar membawa maksud semua dosa yang dikenakan hukuman di dunia atau pun ancaman di akhirat. Firman Allah s.w.t. :-

“ Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami akan menghapuskan kesalahan (dosa-dosa kecil), dan Kami akan memasukkan kamu ke dalam tempat yang mulia (syurga). ” (An-Nisa’ : 31)

“ Dan mereka yang menjauhkan diri dari dosa-dosa besar dan perbuatan keji, dan apabila mereka marah, mereka sentiasa memaafkan. ” (Asy-Syura : 37)

“ Jauhi tujuh dosa besar! ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lalu disebutkannya tujuh macam, iaitu :-
1- Menyekutukan Allah dengan sesuatu.
2- Menyihir orang.
3- Membunuh orang yang diharamkan Allah mengalirkan darahnya, kecuali dengan hak, yakni sebab yang dibolehkan syarak.
4- Makan harta anak yatim.
5- Makan riba (bunga).
6- Lari dari medan peperangan (jihad).
7- Menuduh keji terhadap wanita yang baik, lurus dan beriman.

Dan menurut Ibnu Abbas r. a. dosa-dosa besar ada tujuh puluh macam daripada hanya menjadi tujuh macam sahaja. Sesiapa yang melakukan dosa-dosa besar akan mendapat ancaman di akhirat, baik seksaan dari Allah, kemurkaanNya, atau pun ancaman-ancamanNya yang lain. Dan tidak boleh dinafikan, bahawa setengah dosa itu lebih berat dari setengah yang lain.

1- MENYEKUTUKAN ALLAH (SYIRIK)

Menyekutukan Allah ialah menyamakan sesuatu dengan Allah, serta menyembah kepada selain Allah. Misalnya, menyembah kepada matahari, bulan, Nabi, malaikat, orang yang mulia, raja, binatang, dan sebagainya. Dalam firman Allah s.w.t. :-

“ Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Dia akan mengampuni segala dosa selain syirik bagi siapa yang dikehendakinya. ” (An-Nisa’ : 48)

Allah s.w.t. berfirman lagi :-“ Sesungguhnya syirik, atau menyekutukan Allah (dengan sesuatu) itu adalah suatu kezaliman (dosa) yang besar. ”(Luqman : 13)

Selain itu, firman Allah lagi :-“ Sesungguhnya orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu), maka pastilah Allah akan mengharamkan baginya memasuki syurga, dan tempatnya adalah neraka. ” (Al – Maidah : 72)

Dosa menyekutukan Allah adalah dosa yang terlalu berat dan tidak akan diampunkan oleh Allah sama sekali. Syirik kecil adalah riya’ seperti dinyatakan dalam Al-Quran. Nabi s.a.w. bersabda :-“ Jauhkan dirimu dari berbuat syirik yang kecil. Lalu para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Nabi menjawab: iaitu riya’. Nanti di hari Allah akan membalas semua hambaNya terhadap amal-amal yang mereka lakukan, Dia akan menyeru : Pergilah kamu sekarang kepada orang-orang yang kamu pamerkan amal kamu dahulu sewaktu di dunia, maka lihatlah apakah kamu boleh mendapatkan apa-apa balasan dari mereka itu? ”

Terdapat larangan keras dari hal menyatakan amalan diri kepada orang lain, sebab kalau amalan itu ditujukan kepada Allah Ta’ala, maka memadailah Allah saja yang memgetahuinya, dan tidak perlu orang lain turut sama mengetahuinya. Tetapi jika maksudnya memancing pujian dan sanjungan manusia maka nyatalah bahawa amalan itu bukan kerana Allah, namun memadailah balasannya dengan mendapat pujian saja, sedangkan Allah berlepas diri dari amalan serupa itu. Orang yang mensyirikkan Allah itu sebenarnya telah menduakan Tuhannya dan telah membelakangkanNya, padahal Dialah yang menjadikan orang itu, dan telah memberikannya segala macam nikmat dan kurnia sewaktu hidupnya di dunia ini. Oleh sebab itu, Allah Ta’ala telah menegaskan bahawa semua dosa manusia diharapkan dapat pengampunan Allah, jika Dia mahu, kecuali dosa syirik saja, maka ia adalah satu-satunya dosa yang tidak terampun lagi.

2- MENYIHIR ORANG

Sihir termasuk dosa besar yang sangat diancam oleh syariat Islam. Al-Quran telah tertulis orang yang mengerjakan sihir, atau orang yang mengajar yang lain dari hal pekerjaan sihir itu dengan pekerjaan syaitan yang terkutuk, kerana syaitan itu membuat kehidupan manusia menjadi kucar-kucir, dan menarik manusia untuk berpaling dari takdir Tuhan. Firman Allah Ta’ala :-

“ Sedangkan kedua-duanya tidak mengajarkan sesuatu (sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan : Sesungguhnya kami ini hanyalah mencubamu, sebab itu janganlah kamu kafir. Maka mereka mempelajari dari kedua Malaikat itu tentang sihir tersebut, meraka dapat menceraikan seorang suami dengan isterinya. Namun mereka (tukang sihir) itu tidak dapat memberikan bencana dengan sihirnya itu kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mempelajari sesuatu yang tidak dapat memberikan bencana kepadanya dan tidak boleh memberikan keuntungan. Dan sesungguhnya mereka telah meyakini, bahawa barangsiapa yang menggunakan sihir itu tiadalah baginya keuntungan di akhirat. ” (Al-Baqarah : 102)

Jampi – jampi termasuk azimat, iaitu suatu kalungan atau tangkal yang biasa dikalungkan oleh orang-orang bodoh di lehernya, di leher anak-anaknya, ini adalah perbuatan jahiliyah. Ada juga sang isteri yang menggunakan sihir untuk menimbulkan cinta kasih suaminya, dan juga manusia yang mempunyai perasaan hasad dengki sesama manusia.

Orang yang berjaya menyihirkan orang lain itu akan merasa gembira dan senang hati terhadap penderitaan orang yang disihirnya, dan berharap supaya penderitaan itu berterusan sampai membawa mati, padahal Allah dan RasulNya melarang cita-cita yang buruk sesama manusia.

Kemudian pekerjaan sihir itu selalunya bergantung kepada syaitan dan jin, yakni makhluk-makhluk terkutuk Allah, dan orang yang membuat sihir itu meletakkan sepenuh keyakinannya kepada makhluk-makhluk jahat ini sehingga ke peringkat penyembahan. Semua amal ini syirik, dan syirik adalah adik-beradik kufur, dan sebab itu Allah menetapkan tempat orang yang mengerjakan sihir ini, dan orang-orang yang bergantung kepada sihir ini di dalam neraka, jika mereka tidak segera bertaubat sebelum mati.

3- RIBA (BUNGA WANG)

Riba merupakan salah satu penyakit masyarakat moden yang merebak pada zaman ini. Lantaran perkembangannya sudah terlalu menyeluruh kepada hampir-hampir semua jual-beli moden sekarang, maka orang Islam yang pada mulanya telah mengaku bahawa riba itu haram secara mutlak dengan nash-nash Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. sudah sedikit demi sedikit menampakkan keraguannya pada sesetengah cara jual-beli.

Umat Islam sekarang mahu tidak mahu, terpaksa mengamalkan riba. Riba yang menguntungkan banyak pihak dan bersifat kurang merbahaya. Firman Allah s.w.t. :-

Terjemahan: “ Hai orang-orang yang beriman. Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat kali ganda, dan bertaqwlah (takutlah) kepada Allah, semoga kamu mendapat keuntungan. ” (Al-Imran : 130)

Nanti di hari Allah membangkitkan manusia dari kubur masing-masing, semua orang akan keluar dengan cepat, kecuali orang yang memakan riba, maka mereka itu bangun lalu jatuh dan seterusnya seperti orang yang mabuk terhuyung-hayang, perjalanannya antara jatuh dan bangun. Oleh sebab mereka telah memakan riba yang diharamkan Allah di dunia dahulu, maka Allah telah memberatkan perut mereka, sehingga menjadi berat pula tubuh mereka nanti di hari kiamat. Setiap kali dia bangun lalu terjatuh semula, dia mencuba bergegas-gegas bersama orang lain namun dia tidak mampu membuat begitu.

“ Tiada lahir pada sesuatu kaum (bermuamalah) dengan riba, melainkan akan lahir pada mereka sifat gila, dan tiada lahir pada sesuatu kaum perbuatan zina, melainkan akan lahir pada mereka maut, dan tiada suatu kaum yang suka mengurangi sukatan atau timbangan, melainkan Tuhan akan menahan turunnya hujan kepada mereka. ”(Riwayat Ibnu Majah, Bazzar, Baihaqi dan Hakim)

Rasulullah s.a.w. bersabda :-“ Riba itu ada tujuh puluh macam caranya, sedang yang paling ringan caranya, iaitu seperti orang yang menikahi (menyetubuhi) ibunya sendiri, sedangkan dosa riba yang paling besar, iaitu seperti seorang islam yang menyerang kehormatan saudaranya yang beragama Islam. ”(Riwayat Thabarani)

Daripada Sayidina Abu Bakar As-Shiddiq r. a. katanya: si penerima riba dan si pemberi riba (dalam muamalah) sama-sama masuk ke dalam neraka.

4- MAKAN HARTA ANAK YATIM

Allah Ta’ala memerintahkan kita supaya manjaga harta anak yatim yang diserahkan ke dalam tangan kita, untuk disimpan dengan baik, sehingga anak itu mencapai usia dewasa dan dapat mengelolakan hartanya sendiri, iaitu sebagai amanat Allah, yang tentu sekali akan diberikan pahala yang besar, di samping itu Dia juga mengancam orang yang mensia-siakannya, menipu atau memakannya dengan sewenang-wenangnya, dengan seksa yang berat kerana itu termasuk kiraan dosa besar.

Memelihara anak yatim ialah menguruskan semua keperluannya serta menjaga kepentingan hidupnya sehari-hari dari makan minum dan pakaian. Juga memperkembangkan harta bendanya, jika anak itu mempunyai harta. Jika anak yatim itu tidak mempunyai apa-apa harta pun, maka anak yatim itu diberikan perbelanjaan hidupnya dari makan minum dan pakaian kerana mencari keredhaan Allah s.w.t. .

Firman Allah s.w.t. :-“ Sesungguhnya orang yang makan harta anak yatim dengan secara aniaya (tidak benar), maka sebenarnya mereka itu sama dengan yang memasukkan api ke dalam perut mereka, dan nanti mereka akan menduduki neraka yang menyala-nyala. ”(An-Nisa’ : 10)

Dikatakan boleh mengambil harta anak yatim secara berpatutan sesuai dengan empat perkara berikut

i- secara pinjaman (kemudian mesti menggantinya)
ii- secara sekadar keperluan saja (yakni membelanjakan untuk keperluan anak yatim saja)
iii- sekadar yang terbatas dari harta itu, kiranya ia bekerja untuk kepentingan anak yatim itu, yakni sebagai gajinya
iv- ketika timbul darurat sahaja, kemudian bila sudah punya wang wajib dibayar kembali seperti hutang

Allah Ta’ala mengancam keras terhadap orang yang mensia-siakan harta anak yatim, hanya ambil sekadar keperluan saja, kerana itu adalah amanat Tuhan terhadap kita. Kalau tidak dapat menjaganya dengan baik, lebih baik serahkan kepada orang lain kerana menjaga harta anak yatim ramai orang yang akan tergelincir.

5- LARI DARI MEDAN PERANG

Lari dari medan perang iaitu apabila musuh tidak lebih dari dua kali ganda bilangan. Tetapi jika bilangan musuh lebih dari dua kali ganda, lalu larinya kaum muslimin itu kerana sekadar untuk mengatur strategi, atau melarikan diri kerana hendak manggabungkan diri dengan tentera mujahidin yang lain, yang kemudian untuk mengatur langkah serangan yang baru, maka itu memang tidak ada salahnya.

Firman Allah s.w.t. :-“ Dan barangsiapa yang memalingkan belakangnya (berundur lari) pada waktu itu, kecuali yang berbelok (untuk siasat perang), atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan Allah, dan tempatnya adalah neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. ”(Al-Anfal : 16)

“Jika ada dua puluh orang yang dapat bertahan di antara kamu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. ”(Al-Anfal : 65)

“Sekarang Allah telah meringankan ke atas kamu, kerana mengetahui bahawa pada diri kamu ada kelemahan. Maka jika di antara kamu ada seratus orang yang sabar bertahan, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang. Dan jika ada di antara kamu seribu orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah, dan Allah akan bersama-sama mereka yang sabar. ”(Al-Anfal : 66)

Allah Ta’ala mengajar muslimin supaya sentiasa berani dalam perkara kebenaran, sehingga Dia mewajibkan jihad untuk meninggikan syiar kebenaran itu dengan mempertahankan diri, agama dan negara. Islam agama perdamaian, dan mengajak manusia menuju kepada perdamaian. Islam tidak pernah menginginkan peperangan, atau suka memasuki ke dalam peperangan. Hanya barangkali kerana agama ini bertugas untuk mengajak manusia kepada mengenal Allah dan bersatu di bawah bendera Allah, lalu ia selalu dimusuhi dan ditentang oleh manusia yang tidak sukakan konsep ketuhanan yang benar itu, termasuk pengakuan untuk menuhankan Allah sebagai Tuhan yang Satu, dan mengikut Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah yang akan memimpin manusia ke jalan Allah yang benar.

Apabila ada puak yang mamusuhi konsep ketuhanan yang Maha Esa ini dan mereka ingin menghancurkan kepercayaan ini, maka hendaklah kaum muslimin bangun menentang mereka, sebab mereka itu adalah tentera iblis yang berusaha membawa manusia ke jalan yang kufur.

Dalam menghadapi musuh, orang Islam tidak boleh melarikan diri apabila musuhnya agak berlebihan sampai dua kali ganda kepada bilangan mereka, kerana kebenaran itu mestilah di atas daripada segala-galanya.

6- TUDUHAN BERZINA TERHADAP WANITA YANG BAIK

Tuduhan berzina itu adalah seperkara yang dipandang berat oleh syariat Islam, kerana si penuduh itu telah mencemar kehormatan peribadi orang yang dituduh, dan oleh kerana kesannya terlalu berat sekali, sehingga yang dituduh itu tidak sanggup menanggung malunya dengan begitu saja tanpa bertindak.

Firman Allah s.w.t. :-“ Sesungguhnya orang-orang yang menuduh berzina terhadap wanita-wanita yang baik-baik, wanita yang lengah (tidak terlintas hatinya untuk berbuat dosa). Lagi beriman, maka mereka yang manuduh itu yang akan mendapat kutukan di dunia dan di akhirat, dan bagi mereka disediakan seksa yang berat. Pada hari yang akan bersaksi ke atas diri mereka, iaitu lidah mereka, tangan mereka dan kaki mereka terhadap apa yang mereka kerjakan. ”(An-Nur : 23-24)

Allah s.w.t. berfirman lagi :-“ Dan mereka yang menuduh wanita baik-baik (dengan tuduhan berzina), kemudian mereka tida dapat mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka itu (yang menuduh) sebanyak delapan puluh kali, dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka itulah orang-orang yang fasik (berdosa). ”(An-Nur : 4)

Allah Ta’ala telah meletakkan syarat-syarat yang berat untuk membuktikan kebenaran tuduhan itu, yang hampir mustahil si penuduh dapat membawa saksi untuk membuktikan kebenaran dawaannya, meskipun apa yang dituduhnya itu memang benar berlakunya, kerana hukum syariat menuntut si penuduh membawa empat orang saksi yang benar-benar melihat dan menyaksikan perbuatan keji itu berlaku. Kalau tidak maka menuduh pun dikenakan hukuman sebat delapan puluh kali sebagai balasan terhadap akibat tuduhannya yang tidak berasas ataupun yang tidak cukup bukti.

Kemudian syariat Islam mengingatkan manusia muslim supaya menjaga lidah daripada mengucapkan tuduhan yang bukan-bukan mengikut sedap mulut saja, kerana akibatnya sama dengan hukuman yang telah tersebut, padahal apa yang diucapkan itu tidak benar, hanya menurutkan kehendak nafsu yang sedang marah, yang sedikit pun tidak dimaksudkan. Namun maruah telah tercemar dan orang tersebut boleh menuntut, dan hukuman mestilah diputuskan, jika tidak ada saksi. Dari mana hendak membawa saksi, kalau yang diucapkan itu hanya untuk menyedapkan mulut, atau melepaskan marah, tetapi begitulah biasanya manusia hendak melepaskan kepuasan hatinya, sehingga mencemarkan kehormatan manusia lain, yang menyebabkan Allah murka terhadapnya.

“ Tahanlah lidahmu (iaitu biarlah berbicara hanya yang baik-baik), perluaskanlah rumahmu (yakni dengan memperbanyakkan kenalan dan bersilatur-rahim) dan tangisilah kesalahanmu (iaitu dengan banyak bertaubat), dan sesungguhnya orang yang paling jauh daripada Allah, iaitu orang yang berkeras hati. ”(Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

7- MENINGGALKAN SOLAT

Solat adalah tiang agama. Solat juga yang membezakan hamba Allah s.w.t. yang beriman dengan orang kafir. Amalan yang pertama dihitung di akhirat nanti adalah solat.

“ Pertama sekali yang akan dihisab (diperhitungkan) pada diri seseorang di hari kiamat dari amalnya, iaitu tentang solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka yang bersangkutan itu akan menang dan berhasil. Dan jika solatnya itu kurang (iaitu tidak benar), maka yang bersangkutan itu akan rugi dan menyesal. ” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

“ Barangsiapa yang menjaga solatnya, maka solatnya itu akan menjadi cahaya baginya, dan petunjuk serta penyelamat pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang tidak menjaga solatnya, maka tiadalah baginya mendapat cahaya, petunjuk dan keselamatan pada hari kiamat, malah pada hari itu dia akan (dibangkitkan) bersama-sama Fir’aun, Qarun, Haman, dan Ubai bin Khalaf (iaitu mereka dari kaum yang kafir). ”(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabari)

Ada juga orang yang mencuri dalam solat, iaitu hendak lekas-lekas habis, sehingga tidak khusyuk. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata, solat itu adalah khusyuk dan khudhuk (merendahkan diri). Selain itu, ada pula yang menjadi imam yang terlampau mempamerkan khusyuknya, sampai menjadi bukan khusyuk lagi. Ada yang menekan-nekan dalam bacaannya, ada juga hendak baca dengan bertajwid sangat.

Seksaan ketika di dunia jika meninggalkan solat termasuk dicabut keberkatan seumur hidup, dihapuskan dari wajahnya tanda cahaya sebagai orang yang soleh, semua amalan yang dilakukan tidak mendapat ganjaran dari Allah, doanya tidak akan naik ke langit (tidak diterima Allah), dan tidak mendapat bahagian doa orang-orang soleh.

Bencana ketika menghadapi kematian jika meninggalkan solat antaranya mengalami kematian yang hina, mengalami kelaparan ketika matinya, dan mati dalam kehausan.
Bencana yang akan diterima ketika berada di dalam kubur ialah kuburnya akan disempitkan hingga tulang rusuknya menjadi hancur, kuburnya akan dinyalakan dengan api yang membara, dan dia akan dijaga oleh ular yang besar.

Seksaan yang akan diterima ketika bangkit dari kubur pada tempat pemberhentian hari kiamat; dia akan dihisab dengan menyulitkan dirinya, dia akan mendapat kemurkaan Allah, dan dia akan dimasukkan ke dalam neraka.

PENUTUP
Setiap orang Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya dengan sebenar-benarnya wajib menghindarkan dirinya dari segala macam dosa, baik yang besar mahupun yang kecil, iaitu segala apa yang dilarang oleh Allah dan RasulNya, sebagaimana yang tertulis dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Di dalam Al-Quran ada nenyatakan tentang sejumlah dosa besar dan apa yang diharamkan, jika kesalahan itu ditinggalkan maka akan dapat menghapuskan segala kesalahan dari dosa-dosa kecil juga.



------------------------------------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731
04-988-2597, 04-9882701, 1 2 3





Tajuk: Qadha’ Dan Qadar

1.0 Pendahuluan

Seorang muslim perlu memahami setiap ilmu dengan pemahaman yang benar atau tidak terpesong. Qadha’ dan Qadar ialah perkara penting dan berkait rapat dengan konsep tawakkal. Perkara penting ini mendorong kita mencapai matlamat sebagai seorang khalifah. Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. yang paling tinggi darjatnya harus mencari makna hidup dan mencari apa sahaja yang sejajar dengan tujuan Allah s.w.t. yang telah mencipta makhluk- makhluk serta telah menempatkan makhluk ciptaan-Nya di dunia ini. Seseorang muslim harus tahu yang alam akhirat merupakan alam yang kekal. Allah s.w.t. lebih tahu dari azali lagi (iaitu zaman terdahulu yang tiada permulaannya) tentang aturcara atau segala yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.

Oleh itu, manusia tidak boleh mencabar kekuasaan Allah s.w.t kerana hanya Allah s.w.t. yang memiliki seluruh ciptaan-Nya. Setiap yang Allah s.w.t. ciptakan ada kebijaksanan-Nya dan nikmat-Nya. Selain Qadha’ dan Qadar, Allah s.w.t. menguasai segala yang ada di dunia ini dan harus ingat bahawa kita adalah milik Allah s.w.t. sepenuhnya termasuk harta yang kita miliki. Harta benda yang kita miliki juga adalah dari kurniaan Allah s.w.t. Yang Maha Kaya. Kerana itu, Allah menggalakkan kita mensyukuri nikmat dan kurniaan-Nya. Sakit juga kurniaan Allah s.w.t. sebagai ujian kepada hambaNya yang Allah s.w.t. kasihi.

2. 0 Definisi

Qadha’ ialah penentuan atau penetapan yang telah sedia dibuat oleh Allah s.w.t. di azali bagi segala-galanya. Manakala Qadar ialah pelaksanaan Qadha’ iaitu segala-gala yang sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. di azali, pasti akan berlaku dengan tepat dan tidak boleh tidak.

Mempercayakan Qadha’ dan Qadar ialah satu daripada Rukun-rukun Iman (iaitu perkara-perkara yang seorang Islam wajib mempercayakannya). Perkara Qadha’ dan Qadar ini ada perhubungannya dengan sifat ilmu Allah s.w.t. , iaitu sebagaimana kita dapat mengetahui daripada ilmu Tauhid bahawa Allah s. . w. t. mengetahui segala-galanya. Perkara itu berlaku sama ada di dalam gelap atau terang, jauh atau dekat, bila masa berlakunya dan bagaimanapula berlakunya, bahkan segala yang tersebut itu sudah lebih dahulu mengetahui segala benda-benda dan kerana Allah s.w.t. ada menyatakan didalam al-Quran bahawa segala-galanya sudah lebih dahulu dicatat dalam Loh Mahfuz (buku catatan yang terpelihara iaitu buku yang kandungannya tidak boleh berubah atau hilang atau rosak). Ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. telah mengetahui segala kejadian-kejadian sebelum adanya benda-benda itu dan selepas berlaku kejadian-kejadian itu.

3. 0 Perbincanagn

3. 1 Bolehkah Qadha’ berubah?
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Ertinya: “…. Dan ketahuilah bahawa jika suatu kumpulan umat manusia yang ramai hendak memberi kebaikan kepada engkau maka mereka tidak akan berjaya memberi apa-apa kebaikan kepada engkau melainkan menurut apa yang sudah lebih dahulu ditulis oleh Allah bagi engkau. Dan begitu juga sebaliknya jika mereka hendak mendatangkan kerosakan kepada engkau maka mereka tidak akan berjaya mendatangkan apa-apa kerosakan kepada engkau melainkan menurut apa yang sudah lebih dahulu ditulis oleh Allah bagi engkau. Telah diangkat qalam-qalam (pena-pena) itu dan telah kering tempat tulisan itu”.

Berdasarkan sabda nabi tadi dapat kita faham bahawa Qadha’ tidak berubah dan Qadha’ yang telah ditentukan oleh Allah tidak dapat di ubah oleh sesiapa pun setelah Allah s.w.t. menulis Qadha’ itu di dalam Loh Mahfuz. Segala Qadha’ yang ditentukan akan terlaksana mengikut apa yang tertulis. Tambahan pula, Qadha’ yang ditentukan pasti akan terjadi dengan tepat. Qadar tidak akan berselisih dengan Qadha’ kerana pelaksanaan Qadha’ hanya mengikut kehendak Allah s.w.t. Yang Maha Bijaksana. Segala yang telah ditetapkan ialah berdasarkan kebijaksanaan Allah s.w.t. dan ada nikmatnya. Jika Qadar berselisih dengan Qadha’ maka akan berertilah bahawa pengetahuan Allah tidak tepat dan tidak sempurna. Melalui Ilmu Tauhid, Allah tidak akan memiliki sifat sedemikian dan tidak mungkin bagi-Nya.

3. 2 Bgaimanakah nasib manusia jika Qadha berubah?
Penentuan yang ditentukan oleh Allah ialah seadil-adilnya. Semua yang terjadi dan yang akan terjadi atas kebijaksanaan Allah s.w.t. Manusia boleh mengubah dan membentuk nasibnya.
Firman Allah s.w.t. didalam al-Quran:

Ertinya: “Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka. ”

Firman ini tidak memberi fahaman yang Qadar boleh berlaku berlainan dengan Qadha’ tapi ia bererti manusia boleh berikhtiar atau berusaha mengubah nasib. Manusia tidak boleh berdoa tanpa berusaha.

3. 3 Manusia dan perbuatannya.

Manusia dkurniakan kuasa kecil untuk menggerakkan anggotanya. Namun ada juga yang tidak dapat dilakukan oleh manusia dengan kuasa kecil itu seperti degupan jantung, denyutan nadi dan lain-lain. Manusia juga tidak membuat perbuatannya sendiri. Buktinya dapat dilihat dengan kejadian seperti menjeling. Bolehkah seorang manusia melihat ke belakang tanpa gerakkan badan? Allah s.w.t. telah meletakkan had kemampuan kepada makhlukNya. Setiap yang dilakukan oleh manusia akan ada ganjarannya. bergantung kepada perbuatan mereka samada suruhan atau larangan Allah s.w.t. .

3. 4 Tawakkal

Samalah ertinya dengan berserah kepada Allah s.w.t. untuk tentukannya. Manusia perlu berdoa dan berusaha sebelum berserah kepada Allah s.w.t. untuk ditentukan nasib. Segala yang berlaku telah diketahui oleh Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. juga telah mencatat perubahan nasib manusia dari azali lagi. Perubahan miskin jadi kaya, sihat jadi sakit dan sebagainya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Terdapat juga doa manusia yang telah dikabulkan sejak azali lagi. Segalanya telah dirancang dan telah ditentukan.

3. 5Allah s.w.t. tidak ganggu ikhtiar manusia

Manusia bebas didalam ikhtiarnya. Allah s.w.t. pada umumnya tidak masuk campur atau mengganggu apa-apa perbuatan yang manusia memilih hendak melakukannya. Jika Allah s.w.t. masuk campur atau mengganggu ikhtiar manusia, nescaya ikhtiar itu tiada erti. Allah s.w.t. mungkin akan mengganggu ikhtiar manusia itu jika ada sesuatu hikmah atau sebab yang tertentu. Sebagai contoh, ada manusia ingin mencuri lalu Allah s.w.t. menghalang manusia itu dengan memberi sakit gigi atau sebagainya. Allah s.w.t. memberi ikhtiar kepada manusia agar manusia dapat mencapai apa yang dikehendaki. Ihktiar tersebut telah terdahulu diketahui Allah s.w.t. Segala ikhtiar yang manusia lakukan telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Hanya Allah yang berkuasa menghalang ikhtiar Allah s.w.t. Minda manusia dimiliki Allah s.w.t. dan ia akan menurut segala perintah Allah s.w.t. Ada juga ikhtiar yang salah dilakukan oleh manusia disebabkan godaan syaitan, jadi manusia menggunakan kuasa kecil kurniaan Allah s.w.t. untuk melakukan apa yang disuruh syaitan. Allah s.w.t. juga telah menjadikan manusia jahil untuk menunjukkan kesempurnaan sifat Allah s.w.t. yang Maha Adil.

3. 6 Pahala dan dosa

Allah s.w.t. telah tahu jumlah pahala dan dosa yang dihimpun oleh setiap manusia. Dari azali lagi Allah s.w.t. menetapkan pahala dan dosa bagi setiap ikhtiar manusia. Allah s.w.t. juga telah menentukan setiap manusia akan ke syurga dengan cara yang bagaimana. Ada juga ikhtiar manusia yang tidak di sedari seperti melatah. ada manusia yang melatah akan tersebut nama Allah s.w.t. Jika sekali kita mengingati Allah s.w.t. , akan membalas dengan berlipat kali ganda. Setiap ucapan ialah doa, jadi jika kita ucap serta niat hendak bersedekah, Allah s.w.t. telah memberi ganjaran pahala. Allah s.w.t. begitu sayangkan makhluk-Nya sehingga memberi kelonggaran dalam mengadili pembalasan pahala dan dosa. Pembalasan syurga dan neraka bergantung kepada timbangan pahala dan dosa setiap manusia. Allah telah tentukan syurga dan neraka kepada manusia dan tidak mustahl manusia jahil akan diberi ganjaran syurga. ini kerana penentuan pahala dan dosa hanya Allah s.w.t. yang berkuasa. Ada perbuatan yang diganjarkan berganda-ganda samada pahala atau dosa. Allah s.w.t. telah memberi petanda kepada manusia di dunia ini supaya beriman kepadaNya. Allah s.w.t. juga telah menentukan ganjaran dosa besar kepada sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapa agar manusia memperbaiki diri dan berikhtiar untuk mendapat ganjaran syurga yang Allah s.w.t. telah tentukam sejak azali.

4. 0 Kesimpulan

Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui. Begitu ringkas untuk manusia mengejar matlamat kerana semua yang kita idamkan telah ditentukan untuk kita oleh Allah s.w.t. Kita sebagai manusia tidak layak untuk mengeji pelaksanaan Qadha’ Allah s.w.t. kerana Dia telah mengurniakan apa sahaja kepada makhluk ciptaan-Nya dengan kebijaksanaan-Nya serta terdapat hikmah yang tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh mereka yang lalai dan mereka yang tidak bersyukur atas kurniaan Allah s.w.t. sebagai pencipta yang agung. Jika ingin jadi kaya, cuma berikhtiar, berdoa, bertawakkal serta bertaqwa kepada Allah s.w.t. kerana peruntukan kesenangan dan balasan syurga telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya yang Dia sayangi. Belajarlah mensyukuri nikmat Allah dan sujudlah kepada Allah s.w.t. Maha Melihat. Amat rugi manusia itu tanpa kenal siapa Allah s.w.t. dan segala milik Allah s.w.t. ialah ciptaan yang tiada cacat cela. Janganlah merungut jika tidak mendapat apa yang diingini. Selgi ada ruang untuk berusaha, usahalah kerana itulah jalan untuk mencapai matlamat.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731
04-988-2597, 04-9882701, 1 2 3




Tajuk: Membongkar Tipu-Daya Yahudi

PENDAHULUAN

Sesungguhnya segala puji-pujian itu hanyalah bagi Allah. Dialah sahaja Yang Berhak Dipuji dan Dia jualah tempat meminta pertolongan serta memohon petunjuk. Dan kepada Allah jualah kita berlindung dari setiap kejahatan diri sendiri dan keburukan amal perbuatan kita.

Barangsiapa yang diberikan petunjuk oleh Allah, maka tiada suatu apa pun yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa pula yang disesatkanNya, maka tiada suatu apa pun yang mampu memberikan petunjuk kepadanya lagi.

Pada esei kali ini saya telah mengkhususkan perbincangan dalam konteks ‘Gerakan Isra’ iliyyat Moden’ yang dibawa oleh dunia Barat. Ini bertujuan untuk menjelaskan perkembangan ke-Yahudi-an yang berlaku dan bagaimana ia boleh menceroboh masuk ke negara-negara umat Islam yang akhirnya telah mempengaruhi perjalanan kehidupan mereka dari aspek pandangan dan aliran pemikiran. Justeru itulah, maka saya seharusnya memperkatakan tentang tajuk ini di samping memberikan peringatan dan amaran terhadap bahaya pengaruh tersebut. Dalam pada masa yang sama juga saya berharap agar ia sedikit sebanyak dapat membongkar fenomena sebenar yang berlaku terhadap sebilangan besar umat Islam masa kini.

PENGERTIAN ISRA’ILIYYAT

Isra’iliyyat adalah suatu istilah yang dilabelkan oleh orang-orang Islam terhadap sebarang perkhabaran, pandangan dan cerita-cerita tidak benar yang dikaitkan dengan bangsa Isra’el iaitu orang-orang Yahudi. Manakala perkataan Isra’el pula ialah panggilan bagi nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim a.s. Nama inilah yang telah digelarkan kepada bangsa Isra’el yang akhirnya dinamakan sebagai kaum Yahudi selepas kebangkitan nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul. Nampaknya gelaran tersebut begitu sebati sekali dengan mereka hinggalah ke hari ini.

KANDUNGAN CERITA-CERITA ISRA’ILIYYAT

Secara umumnya Isra’iliyyat ini terbahagi kepada dua bahagian:
1. Isra’iliyyat kuno
2. Isra’iliyyat moden

Saya akan membincangkan cerita tentang Isra’iliyyat moden selepas ini demi membuka ruang bagi saya untuk menyelak serba sedikit tentang sejarah Isra’iliyyat kuno. Isra’iliyyat kuno ialah cerita-cerita yang berkaitan dengan kisah-kisah orang dahulukala dan masa silam. Antaranya ialah, perkhabaran dan ilmu pengetahuan yang diambil oleh orang-orang terdahulu yang berbangsa Yahudi, iaitu yang menceritakan tentang asal-usul alam, perihal kejadian makhluk dan peristiwa umat terdahulu. Riwayat, perkhabaran dan hadith-hadith yang batil yang disampaikan oleh sesetengah golongan mufassir dan muhaddith yang disandarkan kapada Rasulullah s.a.w. dan mereka mentafsirkannya dengan ayat-ayat al-Quran. Padahal ia adalah cerita dongeng dan palsu yang diambil daripada orang-orang Yahudi atau sumber-sumber yang lain. Berita dan pandangan-pandangan batil yang menyesatkan dalam urusan keagamaan dan kehidupan umat Islam, yang diambil daripada golongan Kristian atau bangsa dan puak yang lain. Dan perkara-perkara syubhat yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan untuk menyerang kesucian Islam dengan cerita-cerita rekaan dan pembohongan yang disandarkan kepada tentera-tentera, pembela dan para ulama Islam di setiap peringkat sejarah Islam.

Mengapakah Perlabelan Ini Lebih Kepada Orang Yahudi?

Sememangnya para alim ulama melabelkan setiap cerita dongeng dan khurafat sebagai Isra’iliyyat, adalah kerana melebihkan penguasaan orang-orang Yahudi Isra’el terhadap bangsa-bangsa lain dalam hal seperti ini. Oleh itu, apakah faktornya mereka diberikan kedudukan yang lebih daripada bangsa-bangsa lain?

Kerana sebahagian besar kisah khurafat dan batil ini, berasal dan bersumberkan dari orang Yahudi. Kerana orang-orang Yahudi lebih dahulu daripada umat dan bangsa lain dalam mereka-rekakan cerita palsu dan dakwaan bohong serta menyebarkannya di kalangan bangsa lain. Kerana bangsa lain hanyalah pelajar kerdil sahaja dibandingkan dengan guru mereka ini, orang-orang Yahudi yang merupakan syaitan segala kejahatan dan kerosakan. Kerana orang-orang Yahudi bekerja keras untuk ‘memperbodohkan’ bangsa lain dan mengekalkan mereka dalam kebodohan dan kedunguan agar lebih memudahkan segala perancangan yang diatur oleh mereka. Kerana pada akhirnya, kisah-kisah khurafat dan bohong ini akan berkait rapat dengan orang-orang Yahudi jua. Lantaran merekalah yang mengatur segala-galanya.

CIRI-CIRI KHUSUS BANGSA YAHUDI

1) Mengada-adakan pendustaan terhadap Allah.

Keilmuan yang dimiliki orang Yahudi ditumpukan untuk melakukan pendustaan dan pembohongan terhadap Allah s.w.t tanpa segan silu. Orang Yahudi amat dikenali sebagai bangsa yang paling kuat melakukan pembohongan dan pendustaan terhadap Allah s.w.t. Di dalam al-Quran terdapat banyak contoh-contoh yang dibawakannya menceritakan tentang pendustaan yang diadakan-adakan terhadap Allah s.w.t di antaranya sepertimana firmanNya:

Maksud: Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagia dari al-Kitab? Mereka percaya kepada jibt dan thaghut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman. (Surah an-Nisa’: 51).

2) Mengada-adakan pendustaan terhadap orang-oang soleh.

Orang-orang Yahudi, merekalah yang telah menyebarkan cerita-cerita bohong dan rekaan palsu terhadap para anbiya’ dan orang-orang soleh. Mereka juga yang telah menuduh golongan anbiya’ dengan kebatilan dan perkara-perkara keji serta hina. Mereka bertindak menyebarkan tohmahan dan pendustaan tersebut di kalangan umat manusia dan akhirnya ia sampai kepada kita dalam bentuk “Isra’iliyyat”.

Mereka jugalah yang telah menuduh nabi Noh meminum arak, menuduh nabi Ibrahim a.s. melakukan dusta, mentohmahkan nabi Ya’qub berkelahi dengan Tuhan, menuduh nabi Yusuf dengan mencuri, mentohmahkan nabi Musa melakukan penderhakaan, nabi Harun dengan penyembahan anak lembu, nabi Daud dengan melakukan perbuatan keji, nabi Sulaiman dengan penyembahan berhala, nabi Lut dengan tuduhan berzina dengan anak perempuannya dan nabi Isa sebagai anak anak zina!!

3) Dengki terhadap orang-orang Islam.

Di antara ciri-ciri yang dimiliki oleh orang Yahudi ialah bersikap hasad dengki, penuh dendam terhadap orang-orang yang beriman. Mereka mencemburui golongan ini kerana mereka berada di jalan yang benar dan justeru Allah s.w.t. telah memberikan petunjuk kepada golongan beriman untuk beriman dan taat patuh kepadaNya. Bagi orang-orang Yahudi, ia merupakan suatu jenayah (dosa besar) terhadap mereka.

Iri hati orang-orang Yahudi terhadap orang-orang yang beriman ini mendorong mereka untuk bekerja keras dalam usaha memesongkan orang-orang beriman dari kebenaran, memurtadkan mereka dari agama mereka dan mengembalikan mereka kepada kekufuran. Perkara ini telah pun diterangkan dalam firmanNya yang berbunyi:

Maksud: Sebahagian besar ahli kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kapada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. (Surah al-Baqarah: 109).

4) Benci pada kebenaran.

Ciri-ciri keilmuan orang-orang Yahudi ialah bencikan kebenaran. Di mana perasaan benci ini tumbuh di dalam hati mereka, terpendam di dalam jiwa mereka dan sering mengajak mereka untuk menerangi kebenaran ini (Islam) dengan pelbagai jalan mahupun cara. Allah s.w.t. mengingatkan mereka dari membenci akan kebenaran dan melarang mereka dari menjadi golongan pertama yang kafir kepadanya (al-Quran), sebagaimana firmanNya:

Maksud: Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (al-Quran) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya. (Surah al-Baqarah: 41).

5) Menyembunyikan kebenaran.

Allah s.w.t. telah mengamanahkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan perkara yang hak (kebenaran), lalu mereka menyembunyikan (dari orang lain) dan menonjolkan kebatilan serta menyebarkannya. Benarlah firman Allah s.w.t. yang berbunyi:

Maksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perut mereka melainkan api. (Surah al-Baqarah: 174)

6) Mendustakan yang hak.

Keilmuan orang Yahudi ini juga memimpin mereka ke arah mendustakan perkara yang hak (kebenaran) kerana ia tidak datang melalui bangsa mereka disebabkan mereka adalah golongan yang mementingkan diri sendiri, penuh dengan hasad dengki di dalam jiwa mereka. Mereka akan mendustakan apa sahaja yang tidak dikeluarkan dari kalangan bangsa mereka. Walaupun pada hakikatnya (apa yang dikatakan itu) adalah suatu kebenaran yang nyata.

7) Mencampur-adukan kebenaran dengan kebatilan.

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah melarang orang-orang Yahudi dari melakukan jenayah (dosa besar) ini apabila dia berfirman kepada mereka:

Maksud: Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui (kebenarannya) Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang hak dengan yang batil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahui? (Surah Ali Imran: 70-71).

8) Bermegah-megah dengan kebatilan.

Sejarah orang-orang Yahudi telah membuktikan perbuatan mereka menghiasi dengan kebatilan dan mempersembahkannya kepada umat manusia yang mana mereka menggunakan ilmu dan tipu daya mereka untuk menghiasinya dan meyakinkan manusia dengannya.

9) Menyebarkan kebatilan dan kesesatan.

Oleh kerana orang-orang Yahudi mengikuti akan kebatilan dan menghiasinya kepada orang lain, dengan sebab itulah mereka menyebarkan cerita-cerita batil di kalangan umat manusia. Sedangkan mereka ini sebenarnya tidak mempunyai ilmu (sedikit pun) kerana ilmu yang (didakwa) mereka itu hanyalah angan semata-mata, sangkaan, khayalan, dan cerita-cerita batil mereka jua.

10) Fitnah dan tohmahan.

Fitnah-fitnah dan propaganda mereka itu ternyata telah banyak memberikan kesan yang amat buruk (kepada kaum muslimin), menyesatkan dan memecah-belahkan perpaduan umat Islam serta menyukarkan usaha dakwah para alim ulama. Mereka terpaksa menghadapinya dan menjelaskan tentang bahaya dan dosanya, membongkarkan kepalsuannya serta mengingatkan umat Islam agar menjauhkan diri dari terjebak ke dalamnya.

11) Mereka adalah kaum yang tidak mengerti.

Tahulah kita mengapakah al-Quran telah meletakkan orang-orang Yahudi yang berilmu pada darjat orang-orang dungu yang jahil. Dan pada saat ini kita benar-benar sedar setelah kita ketahui tentang bahagian ilmu yang mereka miliki sehingga mereka mendakwa diri sendiri lebih berilmu dari orang lain. Sedangkan itu semua adalah sangkaan melulu, angan-angan kosong dan khayalan mereka sahaja.

ISRA’ILIYYAT MODEN

Sekarang Zaman Kekuasaan Bangsa Yahudi.

Zaman ini merupakan zaman kebangkitan bangsa Yahudi, dan pemerintahan dunia oleh mereka, di mana mereka telah berjaya menyusup masuk ke dalam setiap pusat pemerintahan dan kawalan negara-negara dunia pada hari ini. Maka mereka sewenang-wenangnya mengawal hal ehwal urusan negara lain mengikut apa yang mereka mahukan dan ternyata mereka berhasil memperolehi matlamat dan tujuan mereka setelah sekian lama.

Kerosakan Sentiasa Mengiringi Pemerintahan Bangsa Yahudi.

Al-Quran telah memberitahu kita tentang iringan yang erat antara orang-orang Yahudi dan kerosakan sebagaimana firman Allah Ta’ala (Surah al-Isra’: 4). Kerosakan yang dilakukan oleh orang Yahudi dan kesombongan mereka ini ternyata amat jelas terdapat dan menonjol pada zaman ini. Orang-orang Yahudi merupakan pengikut syaitan yang sangat jahat. Mereka adalah kejahatan yang bergerak, perosak yang merosakkan, penyesat yang menyesatkan dan utusan kekafiran dan kekesatan yang tugasnya memerangi kebenaran dan keimanan.

Yahudi Memusuhi Islam.

Orang-orang Yahudi merupakan antara umat manusia yang paling keras permusuhannya terhadap agama Islam dan kaum muslimin. FirmanNya:

Maksudnya: Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang yang beriman ialah orang Yahudi dan orang musyrik. (Surah al-Ma’idah: 82).

Keganasan Yahudi Ke Atas Kaum Muslimin.

Permusuhan orang Yahudi terhadap kaum muslimin terbit hasil dari permusuhan mereka terhadap agama Islam. Dengan sebab itu, mereka memperhebatkan peperangan mereka terhadap kaum muslimin pada zaman ini, dan melancarkan serangan ganas ke atas mereka. Orang-orang Yahudi berjaya (pada saat kelalaian kaum muslimin) untuk menghapuskan pemerintahan khalifah Islamiyah dan mengantikan segala usaha dakwah Islam serta ukhuwwah keimanan dengan seruan-seruan berbentuk setempat dan perkauman. Di samping itu mereka telah membahagi-bahagikan kaum muslimin ke beberapa buah negara dan pertubuhan, yang wujud padanya permusuhan, kebencian, pembunuhan dan pertelingkahan sesama mereka. Akhirnya berkembang pesatlah di kalangan umat Islam moden segala dakwah-dakwah batil, syair-syair yang menyesatkan, pemikiran kotor dan keji, gambaran Jahiliyah, cerita dongeng, khurafat, dusta dan rekaan orang Yahudi yang telah kita namakan sebagai Isra’iliyyat Moden.

Berperang Dengan Gerakan Islam.

Bagi menjayakan misi peperangan mereka terhadap gerakan Islam ini, mereka mendapatkan bantuan daripada negara-negara dan badan pertubuhan di sebelah Timur mahupun Barat malahan tidak terkecuali juga badan pertubuhan yang menguruskan hal ehwal umat Islam.

PELOPOR ISRA’ILIYYAT MODEN

Bermotifkan untuk menjauhkan umat Islam dari sifat keIslaman mereka dengan (meninggalkan ajaran agama) dan bermaksud menimbulkan keraguan dalam diri mereka tentang hakikat kebenaran Islam, peraturan dan prinsip-prinsipnya agar mereka mengambil sebagai gantinya segala perkara yang mengelirukan dan penuh kebatilan (palsu dan sesat).

Puak-puak Yahudi menetapkan tempoh selama 100 tahun bagi merealisasikan matlamat mereka tersebut dan mereka telah bahagikannya kepada 2 peringkat:

Peringkat pertama:

Tempohnya selama 50 tahun dari tahun 1897-1947M dan berakhirnya dengan tertegaknya kerajaan Yahudi di bumi Palestin.

Peringkat yang kedua:

Tempohnya selama 50 tahun dari tahun 1947-1997M dan berakhir dengan pemerintah dunia keseluruhannya di perintah oleh orang Yahudi di bumi Palestin.

Kisah tiga orang Yahudi dan gerakan Isra’iliyyat.

Ketiga-tiga orang Yahudi tersebut ialah:

Karl Marx: Penggerak Gerakan Isra’iliyyat Atheis (tidak percayakan Tuhan) dan ekonomi atau lebih mudah dipanggil Komunisme.

Sigmond Proid: Penyebar Gerakan Isra’iliyyat seks dan kejiwaan.

Emil Durkayem: Penyebar Gerakan Isra’iliyyat sosial yang berkaitan dengan ilmu kemasyarakatan dan kuasa anggota luaran serta akal berkumpulan.

CONTOH-CONTOH GERAKAN ISRA’ILIYYAT SEMASA

Fahaman Komunisme.

Komunisme Atheis ialah suatu fahaman yang mengambil prinsip Yahudi yang dibawa oleh Karl Marx dan yang lebih dikenali dengan namanya sendiri sebagai Marxisme. Pada suatu ketika golongan komunis ini diiringi dengan seorang lelaki Yahudi bernama Lenin yang telah menukarkan ideologi-ideologi Marx kepada sebuah gambaran reality. Apabila dia berjaya mendirikan sebuah kerajaan komunis di Russia, lalu dia panggil sebagai Lenin Marxis. Fahaman komunisme ini berasaskan kepada keingkaran wujudnya Allah Ta’ala, memerangi agama dan mempertahankan material serta tabiat semulajadi. Ucapan mereka yang terkenal ialah: Tidak ada tuhan dan alam semesta adalah material.

Fahaman Rasionalisme.

Merupakan salah satu daripada gerakan Isra’iliyyat moden yang berasaskan kepada khurafat yang mempertuhankan akal. Penyebar Isra’iliyyat moden ini ingin memerangi agama (melalui khurafat) dan khususnya Islam yang berasaskan kepada menetapkan wujudnya alam ghaib dan jalan untuk menetapkan hal itu ialah wahyu yang dibawa nas daripada Allah kepada Rasulullah s.a.w.

Fahaman Masonarisme.

Seruan dan dakyah ke arah “hak kebebasan manusia” hanyalah suatu laungan untuk mencuit perasaan dan sentimen manusia dimulakan dari pihak orang Yahudi dan penyebar-penyebar Isra’iliyyat, dengan tujuan agar mereka melanggari perintah agama (Islam) lantas menerima propaganda Isra’iliyyat tersebut.

Fahaman Sekularisme.

Ialah terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan secularite dalam Eropah. Ia merupakan terjemahan yang salah kerana ia memaksudkan bahawa fahaman ini (Non-Realigions) ada kaitan dengan ilmu sedangkan mengikut pengertian bahasa asalnya ia tidak punya kaitan langsung dengan ilmu. Malahan apa yang dimaksudkan dengannya (Sekularisme) mengikut bahasa tersebut ialah kehidupan jauh dari urusan keagamaan atau menjalani pemisahan penuh di antara agama dan kehidupan.

ISRA’ILIYYAT DALAM ASPEK KEINDIVIDUAN.

1) Kewujudan yang sia-sia.

Ditujukan kepada seorang insan moden lebih-lebih lagi anak muda yang tidak berpedoman ke arah perasaan hilang pedoman, keresahan, kekecewaan dan penderitaan.

2) Kebebasan.

Golongan penyebar Isra’iliyyat moden mengajak pemuda di dunia ini (khususnya di negara umat Islam) agar mereka menikmati kehidupan mereka sepuas-puasnya hidup di atasnya dengan bebas dan berkata serta melakukan apa sahaja yang mereka mahukan. Tanpa ada belenggu sempadan, syarat-syarat mahupun kesudahan bagi kebebasan mereka tersebut.

3) Percanggahan antara pemikiran dan tingkahlaku harian.

Ini kerana pemikiran dan perkataan merupakan suatu teori manakala perbuatan dan amalan merupakan suatu praktikal. Apabila kedua-duanya bercanggah maka hal ini tidak memelikkan, tidak mencacatkan mahupun kepura-puraan.

4) Pemisah di antara kehidupan umum dan peribadi.

Gerakan Isra’iliyyat moden ini juga membenarkan mempunyai dua kehidupan: satu kehidupan umum yang memberikan manfaat, kebaikan dan lurus dan satu kehidupan khas yang bergelumang dalam kancah noda dan dosa syaitan iblis.

5) Tidak campurtangan dalam urusan orang lain.

Seruan untuk tidak campur tangan dalam urusan kehidupan orang lain bermakna membantutkan kewajipan syarak yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t ke atas setiap individu mulim dan muslimah iaitu menyuruh dengan perkara yang makruf serta menegah dari perkara yang mungkar dan memberikan nasihat, kebaikan serta petunjuk kepada orang lain.

ISRA’ILIYYAT DALAM EKONOMI.

Fahaman Isra’iliyyat moden telah menguasai bidang ekonomi dan menyebarkan banyak daripada unsur-unsur khurafat, propaganda dan batil terhadapnya serta meracuni kehidupan berekonomi. Mencemari dan merosakkannya. Tindakan yang mereka lakukan itu adalah untuk mengekalkan penguasaan mereka terhadap ekonomi dunia, harta-benda dan hasil sumber di negara-negara lain. Sebagaimana yang dimaklumi, orang Yahudi amat gemar dan cintakan harta serta mengabdikan diri padanya. Seperti kebebasan berekonomi, riba adalah keperluan ekonomi, dan pemisah antara pekerti dan perniagaan.

ISRA’ILIYYAT DALAM POLITIK.

Orang Yahudi ingin merosakkan kehidupan berpolitik dan mengubah pengertian kerajaan berpolitik dan mengubah pengertian kerajaan, kepimpinan dan pemerintahan dari dasar yang sebenar, melalui jalan menyebarkan fahaman khurafat dan mengelirukan kerana mereka menyedari kepentingan aspek ini terhadap masyarakat antarabangsa, tidak kira pemerintah mahupun rakyat yang diperintah serta kesan yang merosakkannya dengan merosakkan kehidupan mereka keseluruhannya.

ISRA’ILIYYAT DALAM KEMASYARAKATAN.

Mereka menilai manusia berasaskan kepada harta dan perolehan bank serta keuntungan perniagaan atau berasaskan kepada pangkat, kekuasaan, pemerintahan dan pengaruh (kedudukan) atau berasaskan kepada kekuatan material, keperkasan tubuh badan dan pemandangan yang cantik atau berasaskan kepada warisan kekeluargaan dan kabilah (puak) atau berasaskan keturunan dan kerabat (saudara-mara) atau berasaskan hampirnya dengan orang yang memegang kerajaan atau pemerintahan atau selainnya. Jadi apabila seseorang manusia tidak memiliki sekelumit daripada nilai-nilai, ciri-ciri dan kayu ukur seperti yang disebutkan tadi, maka ia tidak mempunyai nilaian atau harga di dalam masyarakat Isra’iliyyat tersebut. Golongan penyebar Isra’iliyyat tersebut menyeru agar sikap berpura-pura dalam bermasyarakat diamalkan dalam ikatan dan hubungan individu masyarakat. Sikap berpura-pura ini tertegak di atas pergaulan dengan orang lain dan mendekati mereka dengan cara batil serta mengucapkan ungkapan pujian kepada mereka yang berupa pembohongan kepura-puraan.

KESIMPULAN

Di dalam esei ini kita telah menyedari tersebarnya unsur-unsur Isra’iliyyat pada zaman ini dan betapa ia telah sampai di pelbagai negara di dunia, sehinggalah dapat manawan dunia arab dan dunia Islam dan sekaligus orang ramai yang terpengaruh dengannya dalam pelbagai kedudukan kuasa, kepimpinan dan tanggungjawab pada ummah. Sesungguhnya jalan atau cara-cara menghadapi segala dakyah Isra’iliyyat adalah dengan menghapuskan punca-punca yang menyebabkan penyebarannya. Penyelesaian dalam berhadapan dengan Isra’iliyyat ialah berpegang teguh dengan al-Kitab dan as-Sunnah serta mendalami isi kandungan al-Quran dalam setiap pemikiran, pandangan dan gambaran. Di samping tidak lupa untuk membentuk “pemikiran Islam berteraskan al-Quran” yang berpegang dengan ketulenan, manhaj, ilmu dan serta membuang kebiasaan citarasa dan hawa nafsu.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)

Tajuk: Wanita Solehah Sebagai Isteri

PENDAHULUAN

MENCARI calon isteri bukanlah suatu perkara mudah seperti membeli barang di pasar atau pasar raya. Setiap orang inginkan bakal isteri yang sempurna dalam banyak perkara. Islam sendiri menggariskan beberapa ciri dalam memilih calon isteri bagi kebahagiaan yang berkekalan.

Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda menjawab, “Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tiada curang). “Dan, wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci. ” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Sebaik-baik wanita ialah sesiapa yang dapat menggembirakanmu apabila dilihat, mentaatimu apabila disuruh dan menjaga dirinya serta hartamu apabila kamu tiada. ” (Riwayat A-Tabrani)

Sifat yang perlu diberi keutamaan mencakupi raut wajah yang menyenangkan, akhlak baik terhadap suami, amanah dan setia. Raut wajah yang menyenangkan meliputi dari semua segi iaitu kecantikan, senyuman dan tutur kata ketika berbicara. Faktor sedemikian kerapnya sangat dititikberatkan oleh kebanyakan lelaki dalam soal memilih pasangan hidup.

Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, “Nikahilah wanita dalam empat kategori: Hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana dia akan menjagamu. ” (Riwayat Shaihan). Hadis ini menggalakkan seseorang itu memilih isteri dari kalangan wanita yang mempunyai agama iaitu yang beragama Islam dan mengamalkannya.

Perkahwinan yang berdasarkan kepada kecantikan semata-mata tidak digalakkan oleh Islam. Seseorang itu perlu mengambil kira semua faktor sebagaimana maksud hadis diatas.

Kecantikan seseorang wanita tanpa disertai dengan akhlak baik, tidak akan menepati ciri-ciri wanita solehah. Hasil perkahwinan yang dilangsungkan atas dasar kecantikan paras rupa semata-mata berkemungkinan tidak mendatangkan kebahagiaan dan kegembiraan.

Dalam Islam, kecantikan tidak bermaksud hanya keelokan paras rupa saja, malah meliputi semua perkara. Kecantikan juga termasuk dalam soal akhlak, budi pekerti, kasih sayang dan persefahaman. Inilah yang dimaksudkan sebagai kecantikan sebenarnya, malah faktor inilah juga yang perlu diambilkira dalam memilih calon isteri.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Apabila Allah Taala mewujudkan dalam jiwa salah seorang dari kamu seorang wanita, maka lihatlah kepadanya. Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kebebasan kepada kamu berdua untuk berkasih sayang. ”

Dalam riwayat lain pula daripada Mughairah bin Su’bah ketika dia ingin meminang seorang wanita dan dikhabarkannya kepada Rasulullah SAW, Baginda bersabda bermaksud, “Lihatlah dia! Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kepada kamu berdua kebebasan untuk berkasih sayang. ” (Riwayat At-Tarmizi, Nasaii dan Ibnu Majah).

Hadis di atas, bersesuaian dengan kehendak Islam, kerana Islam menggalakkan seorang lelaki melihat muka dan dua tapak tangan seorang wanita sebelum memilihnya sebagai isteri. Dengan melihat sendiri barulah boleh dibuat penentuan sama ada berkenan atau sebaliknya dengan calon itu.

Sehubungan itu, wajah memainkan fungsi penting dalam pemilihan calon isteri. Ia boleh merangsangkan hubungan kasih sayang di antara suami dan isteri. Dengan cara ini, kekesalan pada kemudian hari tidak akan timbul. Kita juga perlu maklum, akhlak agama dan harta tidak dapat dinilai dengan pandangan, melainkan kecantikan saja yang dapat dinilai ketika itu. Justeru, dalam memperkatakan mengenai status wanita idaman, agama sepatutnya menduduki tempat pertama, selepas itu barulah diikuti oleh kecantikan paras rupa.

Pada prinsipnya, Islam amat menitikberatkan kecantikan dalam pemilihan calon isteri. Namun begitu, ia dinilai selepas wanita itu memiliki agama dan mentaatinya. Menilai erti kecantikan ini barangkali ada perbezaan di antara seorang dengan seorang yang lain. Oleh itu, jalan yang dikira mudah ialah terserah kepada individu itu sendiri. Jika mereka tertarik dan cukup berkenan dengan raut muka, tingkah laku dan budi pekerti, wanita itu sewajarnya memadai dinilai di segi kecantikan dirinya.

Kecantikan isteri sebagaimana penilaian sendiri, dapat menambahkan kebahagiaan rumahtangga dan menambat hati suami. Kasih sayang di antara suami isteri akan menimbulkan kemesraan. Wanita yang mempunyai paras rupa baik dan menarik dianggap sebagai wanita mempunyai keberkatan. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah maharnya (mas kahwin). ”

Sungguhpun demikian, perlu juga ditegaskan paras rupa yang menarik tiada bernilai jika tidak disertakan dengan agama dan akhlak.

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan, jika wanita yang dikahwini mempunyai ciri-ciri wanita solehah, sementara suami pula ialah lelaki beragama dan benar-benar mengamalkannya, insya Allah, rumahtangga yang dibina tiada banyak halangan untuk memperolehi kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH SEBAGAI ISTERI

AL WALUUD (SUBUR TIDAK MANDUL)

Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah menjadi wanita idaman oleh hampir setiap lelaki, walaupun tidak dapat dikatakan secara keseluruhannya. Wanita yang dapat melahirkan zuriat juga tergolong dalam kelompok wanita mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Kahwinilah wanita yang manja dan tidak mandul!” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii).

Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah wanita yang menjadi pilihan untuk dijadikan isteri, kerana dalam sesebuah perkahwinan anak yang dilahirkan itu dapat menjadi pengikat atau penambat kasih sayang dan kerukunan rumahtangga.

Rasulullah SAW juga berbangga mempunyai umat ramai. Justeru, adalah perlu lelaki Muslim memilih calon isteri yang berketurunan boleh melahirkan zuriat, kerana dengan adanya anak boleh menambahkan ikatan kasih sayang di antara suami isteri.

AL WADUUD (RASA CINTA)
Iaitu yang besar cintanya kepada suami. Perkara ini telah dapat kita ketahui pada saat ia menentukan mas kahwin ataupun hantaran. Dalam Islam, wanita yang meminta mahar atau mas kahwin rendah (berpatutan) adalah dianggap wanita yang mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah mahar (mas kahwinnya). ”

Wanita yang meminta mas kahwin berpatutan menjadi wanita idaman kepada kebanyakan lelaki. Ini kerana secara simboliknya ia memperjelaskan sikap wanita yang tidak mementingkan harta, malah lebih penting lagi mencerminkan sikap wanita itu sendiri tidak tamak, sebaliknya pandai berjimat cermat dalam urusan rumah tangga.

Bagi wanita yang meminta mas kahwin tinggi, mereka akan sentiasa mementingkan harta dan kedudukan. Pada mereka, wang adalah kesayangan mereka yang utama berbanding suami sendiri. Oleh kerana mementingkan harta, mungkin suaminya akan sentiasa didesak untuk menyediakan setiap kemudahan dan kesenangan tanpa memikirkan keupayaan suami. Jika keadaan seperti ini berlaku, si suami pasti akan tertekan dan kecewa oleh sikap isteri yang tidak mahu memahami hakikat keupayaan suami.

AS SITTIRAH (MENYIMPAN RAHSIA)

Iaitu pendiam atau menyimpan rahsia dengan kuat. Kerana isteri merupakan tempat tertumpahnya perasaan dan keluh kesah suami, maka seorang lelaki akan melihat apakah pasangannya seorang wanita yang suka bebicara dan membuka rahsia orang. Atau seorang pasangan yang sentiasa mulutnya dari berkata yang tidak bermanfaat.

Wanita yang senang membincangkan perkara yang kecil-kecil pun merupakan gambaran bahawa ia seorang yang senang membuka rahsia suaminya. Seorang isteri yang baik hendaklah menjaga rahsia dan masalah-masalah suaminya, jangan mudah menceritakan kepada sesiapapun tentang keperibadian suaminya. Jika ia ingin menceritakan juga, maka sampaikanlah perkara yang baik-baik.

Seorang isteri hendaklah tinggal diam di rumah suaminya, jika ingin keluar rumah hendaklah dengan izin suaminya, atau dalam keadaan yang terpaksa seperti ke klinik, hospital dan perkara yang penting lainnya. Janganlah kaum wanita suka berkunjung ke rumah tetangga kemudian membuka aib dan rahsia keluarga sendiri atau mengumpat orang lain. Itulah sebabnya Islam menyuruh agar memilih calon isteri yang mampu menyimpan rahsia dengan baik.

AL ZIIZH FIIL AHLIHA (TEGUH PENDIRIAN)
Sifat ini iaitu teguh dalam menghadapi bencana rumahtangga. Ia tidak suka mengadu kepada orang lain atas segala penderitaan yang dialaminya, walaupun kepada orang tuanya sendiri. Segala penderitaan yang dirasakannya di dalam rumahtangga dihadapinya dengan ketabahan dan sentiasa menyerah diri kepada Allah SWT.

Hanya kepada suaminya ia membincangkan sesuatu yang sukar untuk dihadapi dan diselesaikan. Kemudian hanya kepada Allah SWT dia berdoa untuk memohon rahmat dan mengharapkan rezeki yang luas. Wanita semacam ini tidak akan mendorong kepada suaminya untuk melakukan dosa dalam menghadapi kesukaran rumahtangga. Tetapi ia berusaha mengajak suaminya untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT, agar segala aktiviti kehidupan yang mereka kerjakan dinilai sebagai suatu ibadah.

Seorang wanita muslimah harus memahami bahawa ketabahan seorang isteri dalam menghadapi penderitaan dalam rumahtangga merupakan motivasi dan modal asas bagi suami untuk menguatkan semangatnya dalam mencapai cita-cita. Oleh sebab itu di saat menghadapi kesukaran, isteri hendaklah banyak memberikan nasihat kepada suaminya agar tetap ingat kepada Allah SWT dan bekerja untuk mencari rezeki yang halal.

Ramai di kalangan wanita di zaman ini, ketika menghadapi kesukaran dalam rumahtangga malah ia mendorong suaminya untuk membuat sesuatu yang haram, ataupun mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati suaminya. Mungkin ia menyuruh suaminya mengambil wang di tempat kerja dengan cara rasuah, atau ia mengucapkan kata-kata menyinggung perasaan suami seperti “Semenjak aku berkahwin denganmu, aku tidak pernah merasakan kebahagiaan”. Banyak ungkapan lain lagi yang dapat mengguris perasaan suami.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya

“Aku pernah melihat neraka, tiba-tiba di kalangan penghuninya adalah kaum wanita, iaitu mereka yang tidak pandai berterima kasih kepada suaminya. Jika suaminya berbuat baik kepada seseorang di antara mereka setahun kemudian ia melihat cela padamu maka ia berkata : “Saya tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan dari dirimu…”
(Riwayat Bukhari)
Isteri yang pandai berterima kasih terhadap suaminya iaitu isteri yang mengerti tentang keadaan dan kemampuan suaminya. Jika sudah mempunyai kelebihan rezeki, maka isteri mengajak suami agar membantu kaum kerabat serta ahli keluarga yang masih dalam kekurangan. Kemudian mengajak suami agar lebih banyak bersedekah.

Seorang isteri juga menyedari bahawa tugasnya untuk meluruskan akhlak dan agama suaminya, bukan sahaja memberatkan suaminya dengan berbagai tuntutan untuk kesenangan duniawi. Kesenangan yang berlebihan itu kadangkala hanya membawa ke jalan dosa. Sedikit sekali isteri yang mempunyai akhlak yang mulia semacam ini.

AZ ZALIILAH MA’A BA’LIHAA (MERENDAHKAN DIRI)

Sifat ini iaitu yang merendahkan diri atau patuh kepada suami. Ini merupakan sifat yang paling sukar dan berat untuk dilakukan oleh wanita. Ramai di kalangan isteri ingin masuk campur segala urusan suaminya. Mereka berasa berhak untuk mengendalikan gerak-geri suaminya. Keperibadian isteri semacam ini akan mempengaruhi keharmonian rumahtangga. Kerana ramai di kalangan wanita hanya menonjolkan perasaan cemburunya tetapi jika dibincangkan dengan baik itu dianjurkan.

Isteri yang baik bukan mengendalikan segala gerak-geri suaminya kemudian membenci dan memarahinya. Tetapi isteri yang baik itu ia sebagai penasihat suaminya jika suaminya melakukan perkara yang tidak baik ataupun membiarkan keadaan rumahtangga menjadi tidak harmoni. Jika suami telah melakukan kewajipannya terhadap anak dan isteri dengan baik dan sesuai dengan tuntutan Islam, maka isteri tidak boleh mencemburuinya dengan tanpa alas an.

MUTABARIYYAH (SUKA BERHIAS)

Mutabarriyah ertinya wanita yang suka berhias atau yang suka bersolek. Yang dimaksudkan wanita yang pandai bersolek dalam Islam iaitu mereka yang berhias dan mencantikkan diri di hadapan suaminya. Kerana isteri seorang muslimah mempunyai hasrat dan berusaha untuk menyenangkan hati suaminya.

Salah satu cara untuk menggembirakan hati suami, isteri yang solehah berpakaian dengan pakaian yang menarik dan dandanan yang menawan di hadapan suaminya. Ertinya seorang isteri telah berusaha untuk berbakti kepada suaminya, sehingga suami merasa rindu dan menaruh harapan terhadap isterinya.

Seandainya isteri di zaman moden ini bersolek untuk diitunjukkan di hadapan orangramai, maka ini merupakan keperibadian yang tercela. Mereka hanya mempunyai keinginan untuk menunjukkan nafsu keinginan mereka, bahkan mereka merasakan bahawa bersolek merupakan kekuatan yang dapat menarik perhatian lelaki.

Islam membatasi keinginan wanita bersolek dan berhias diri hanyalah di lingkungan rumah suaminya dan di hadapan suami sahaja. Wanita muslimah janganlah bersolek ketika keluar dari rumah kerana Islam hanya membenarkan wanita bersolek di dalam rumah suaminya dan di hadapan suaminya sahaja.

Tidak diizinkan bersolek di luar rumah tidak bererti seorang isteri muslimah tidak boleh memakai yang baik dan bersih ketika di luar rumah. Di manapun di hadapan sesiapapun seorang wanita harus berpakaian rapi dan bersih. Tetapi kita harus membezakan antara bersolek dengan berpakaian rapi dan bersih. Kerana di dalam bersolek sudah ada niat untuk memberikan pelayanan kepada seseorang. Oleh sebab itu perkara ini hanya dibolehkan seorang isteri kepada suami.

Memang secara fitrah bahawa niat mempunyai keinginan untuk menampilkan diri secara lebih menarik di hadapan oranglain, baik sesama kaum wanita mahupun dengan lelaki. Oleh sebab itu Islam memberikan jalan yang terbaik bagi seseorang wanita yang mengisi fitrahnya itu. Ia boleh melakukan di hadapan suaminya sendiri, dengan cara ini segala fitnah akan terhindar sebab wanita yang bersolek itu akan menimbulkan semangat berahi dan ransangan bagi kaum lelaki.

Ramai di kalangan wanita di zaman ini merasa bahawa dirinya selalu di ganggu, kadangkala ada yang di rogol. Itu semua terjadi kerana kaum wanita di abad ini apabila keluar rumah selalu bersolek yang akan menimbulkan ransangan nafsu lelaki. Maka cara yang terbaik untuk menghindarkan daripada gangguan tersebut, wanita muslimah hendaklah meninggalkan bersolek apabila keluar rumah. Memadailah dengan berpakaian bersih, rapi dan menutup aurat.

AL HASHAANU (MEMBATASI DIRI)

Al Hashaanu ertinya pembenteng atau pembatas. Kerana isteri muslimah wajib membatasi dirinya dalam bergaul dengan orang lain. Ia hanya boleh menunjukkan dirinya secara bebas di hadapan suaminya sahaja. Walaupun ia berada di dalam rumah, tetapi jika ada orang lain yang bukan muhrimnya, namun ia tetap harus menutup dirinya dengan pakaian muslimah.

Seorang wanita muslimah walaupun terhadap anak kandungnya sendiri tidaklah dibenarkan menampakkan auratnya yang dapat menimbulkan rangsangan. Oleh sebab itu seorang isteri yang baik walaupun berada di rumah, jika keluar dari kamarnya tidak hanya memakai baju tidur, kerana ia harus menjaga dirinya dari menutup aurat.

Menutup aurat dengan baik supaya dapat menjaga diri daripada timbulnya fitnah sehingga mengganggu hubungan antara suami isteri. Kerana jika seorang suami penuh keyakinan bahawa aurat isterinya hanya semata-mata diperlihatkan untuknya, maka suami akan merasakan cemburu dengan isterinya. Dengan demikian kecintaannya terhadap isterinya semakin mendalam. Jika ini dapat dilaksanakan maka rumahtangga akan menjadi aman dan damai.

MENDENGAR DAN MENTAATI PERINTAH SUAMI

Akhlak yang baik terhadap suami turut dititikberatkan dalam Islam ketika memilih calon isteri. Faktor ini bagi menjamin kerukunan rumah tangga. Isteri yang baik ialah isteri yang mentaati perintah dan suruhan suami sejauh mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan oleh Islam. Dengan demikian suami merasa redha dan puas atas bantuan isteri, begitu juga isteri merasa puas dengan layanan dan tanggungjawab suami terhadapnya.

MENYERAHKAN DIRI KEPADA SUAMI SECARA BAIK

Seorang isteri yang solehah bersedia secara keseluruhan untuk melayani suaminya tatkala mereka berdua. Ia dengan penuh kemesraan dan keikhlasan memenuhi keinginan suaminya. Kerana apabila isteri bersikap acuh tak acuh atau bersikap dingin terhadap suaminya akan menimbulkan prasangka buruk dari pihak suami terhadap isteri. Jika ini terjadi maka ini merupakan langkah awal menuju keruntuhan rumahtangga.

Banyak kekecohan rumahtangga terjadi pada masa ini kerana sikap dingin isteri terhadap suaminya baik dalam menjalin hubungan batin mahupun keperluan lainnya. Isteri yang menceburi bidang kerjaya yang ditekuninya selalunya akan menganggap bahawa kehadiran suami hanyalah merupakan faktor sampingan sahaja. Mungkin kerana merasa malu jika dikatakan bahawa dia seorang yang tidak laku dan sebagainya.

Wanita yang bekerja bahkan telah tergolong dalam usahawan, tidak akan mengharapkan bantuan ekonomi daripada suaminya, sehingga tidak merasa ketergantungan terhadap pasangan hidupnya itu. Sehingga ia merasa berhak untuk mengatur suaminya baik dalam kehendak hubungan intim mahupun keperluan yang bersifat keperluan hidup. Isteri yang seperti ini telah mendorong kepada suaminya untuk melakukan penyimpangan dan berakhlak buruk di luar rumah.

Maka isteri yang baik harus memahami keperluan suaminya kerana hubungan batin antara suami isteri itu merupakan bunga-bunga yang mewarnai kehidupan agar tidak sepi dan gersang. Kerana jika hubungan ini terganggu akan menyebabkan jiwa dan segala aktiviti terganggu.

KESIMPULAN

Wanita merupakan salah satu kelompok dari makhluk Allah SWT yang paling banyak mendapat sorotan dan perhatian. Oleh sebab itu, terdapat pelbagai buku yang telah ditulis oleh para ulama tentang wanita, bahkan di dalam Al-Quran ada satu surah yang dinamai dengan An-Nisa yang ertinya wanita.

Wanita solehah adalah wanita beriman serta beristiqomah dalam melakukan amal-amal kebajikan manakala isteri solehah merupakan suatu anugerah Allah s.w.t. kepada manusia. Di mana mereka sanggup berkorban apa saja dan menganggap suami mereka adalah segala-galanya.

Kesimpulannya, wanita dan isteri solehah adalah impian yang patut dikejar oleh kaum hawa masa kini dalam menjamin keindahan Syurga kelak.

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat

PENDAHULUAN

Hubungan malaikat dengan manusia sangat erat. Mereka mengawasi dan memberikan perhatian kepada manusia ketika diciptakan. , memelihara manusia ketika dilahirkan, megawasi gerak geri dan amal perbuatan manusia, serta mengambil roh manusia ketika ajal datang. Malaikat pun bertugas membawa wahyu dari Allah s.w.t bagi manusia. Tugas malaikat dapat kita lihat menerusi firman Allah s.w.t yang berikut:

“sama sahaja (bagi Tuhan), sesiapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya, dan sesiapa yang berterus terang dengan ucapan itu, dan sesiapa yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) di siang hari. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah…” (Ar-Ra’d:10-11)

Dapat dikatakan bahawa malaikat yang menjadi pendamping manusia itu adalah malaikat yang ditugaskan untuk memelihara amal manusia. Semantara itu, dua pendamping manusia yang terdiri dari jin dan malaikat sentiasa berada dalam keadaan bertentangan. Jin mengajak manusia untuk berbuat kejahatan, sedangkan malaikat mengajak manusia untuk berbuat kebaikan. Bisikan syaitan selain menyeru pada keburukan dan pendustaan atas sesuatu yang hak, sedangkan bisikan malaikat selalu berisi ajakan pada kebaikan dan pembenaran atas sesuatu yang hak. Oleh itu, kita haruslah bersama mendekat diri kepada Allah s.w.t dengan memperbanyakkan ibadah dan menghindarkan diri dari pelbagai keinginan hawa nafsu haiwani agar malaikat sentiasa berada di samping kita sebagai teman setia. Selain itu, kita juga harus mengetahui sebab-sebab pelbagai jenis rumah yang tidak dimasuki malaikat.

Di antara jenis rumah yang tidak dimasuki malaikat ialah:

a) Rumah orang yang memutuskan silaturahim
b) Rumah orang yang menderhakai orang tua
c) Rumah yang penghuninya terbiasa mencaci maki
d) Rumah yang di dalamnya terdapat gambar (patung)
e) Rumah yang di dalamnya terdapat loceng
f) Rumah pelaku dosa besar

a) RUMAH ORANG YANG MEMUTUSKAN SILATURAHIM

Malaikat tidak akan turun kepada suatu kaum yang gemar memutuskan tali silaturahim. Allah s.w.t akan menyambungkan silaturahim orang yang menyambung silaturahim dan sebaliknya akan memutuskan silaturahim orang yang memutuskannya. Dengan demikian, hendaklah kita menjadi orang yang memiliki kesungguhan untuk menyambung tali silaturahim dengan cara mengunjungi kerabat dan sanak saudara, memelihara mereka dengan hal-hal yang dapat memperbaiki urusan dan keadaan mereka, serta memenuhi keperluan mereka sehingga kita akan memperolehi keredhaan, rahmat Allah dan doa para malaikat.

Di dalam pelbagai hadith disebutkan bahawa orang yang memutuskan tali silaturahim diharamkan masuk syurga. Antara hadith yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Abu Musa al-Asy’ari r. a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“ Terdapat tiga orang yang tiak akan masuk syurga, iaitu orang yang suka minum khamar, orang yang memutuskan tali silaturahim, dan orang yang membenarkan perbuatan sihir. ”

Jika kita sangat mengharapkan malaikat memasuki rumah kita, hendaklah menyambungkan tali silaturahim dengan orang yang memutuskannya. Rasulullah s.a.w telah menjelaskan bahawa yang termasuk golongan washil (orang yang menyambungkan tali silaturahim) bukan orang yang membalas kebaikan orang lain dengan kebaikan lagi, melainkan orang yang menaburkan perbuatan ma’ruf di tengah-tengah keluarganya dan orang lain. Kerana itu, kita mesti menjadikan perbuatan ma’ruf sebagai prinsip atau dasar sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Selain itu, janganlah kita menjauhkan diri dari keberkatan malaikat yang memasuki rumah kita dan mendapatkan doa darinya.

b) RUMAH ORANG YANG MENDERHAKAI ORANG TUA

Malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah tempat terjadinya dosa besar, iaitu terjadinya dosa besar, seperti derhaka kepada orang tua (uquuq al-walidain). Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t telah berwasiat agar kita berbuat baik dan berbakti kepada orang tua kita. Perintah berbuat baik itu disertai dengan perintah untuk beribadat kepada-Nya, seperti yang dapat kita baca pada ayat berkut :“…dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa…” (An-nisak:36)

“ Dan kami perintahkan kepada manusia(berbuat baik) kepada dua orang ibu bapa; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah…” (Luqman:14)

Rasulullah s.a.w juga menggandingkan perbuatan jahat dan menderhakai orang tua dengan perbuatan menyekutukan Allah s.w.t. Orang yang menderhakai orang tua pun akan tercegah dari nikmat besar dipandang dan dilihat Allah dengan kemuliaan dan ampunan-Nya pada hari kiamat kelak.

Keuntungan dan manfaat berbuat baik kepada ibu bapa ialah:

- Merupakan amal soleh yang disenangi oleh Allah s.w.t dan pahalanya sama dengan pahala jihad fi sabilillah.
- Merupakan peluang dan kesempatan besar yang membawa pelakunya ke syurga.
- Menghilangkan kesusahan, mendatangkan kemudahan dalam pelbagai urusan, serta memberikan jaminan keselamatan.
- Membawa pelakunya menuju kepada keredhaan Allah s.w.t.

Dengan demikian jelaslah bahawa pahala bagi orang yang memuliakan kedua orang tua dan mentaati keduanya dalam rangka mencari keredhaan Allah sangat besar, baik di dunia mahupun di akhirat. Sebaliknya, peilaku derhaka kepada orang tua tidak akan menghasilkan apapun selain kerugian dan kesengsaraan, di antaranya malaikat tidak akan memasuki rumahnya. Oleh itu, berbaktilah kepada kedua orang tua agar kita memperolehi kebahagiaan di akhirat kelak.

c) RUMAH ORANG YANG PENGHUNINYA TERBIASA MENCACI MAKI

Jika kita mengharapkan malaikat rahmat selalu mengunjungi rumah dan keluarga kita, peliharalah lidah. Akibat lidah seseorang itu masuk syurga atau diseret ke neraka. Jika kata-kata yang lembut dan baik ini sedekah, senyum kita kepada saudara seiman pun dikatakan sedekah. Sebaliknya perbuatan sia-sia, seperti ghibah, namimah(mengadu domba), caci maki serta ucapan keji dan kasar yang penuh dengan dendam dan kedengkian merupakan jalan menuju kerugian, mendatangkan seksa, dan menyingkirkan kita dari rahmat Allah s.w.t. Kerana itu kita mestilah bersungguh-sungguh memelihara lidah. Basahilah lidah kita dengan zikrullah. Allah s.w.t telah menjadikan orang yang mampu mengendalikan hawa nafsu dan emosi sebagai orang-orang yang bertakwa sebagaimana firman-Nya ini:

Terjemahan “ Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi dan disediakannya untuk orang-orang yang bertakwa(iaitu) orang-orang yang menafkahkan(hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. ” (Ali Imran:133-134)

Kita pun mesti mengiringi perbuatan menahan marah itu dengan tutur kata yang baik. Selain itu, mencaci dan mengutuk itu merupakan perbuatan dosa yang sangat besar, sama dengan membunuh sesama mukmin. Rasulullah s.a.w menafikan kesempurnaan iman seseorang mukmin itu jika dia sering mencaci, mengutuk dan menyerang orang lain dengan makian, celaan, ghibah dan lain-lain.
Antara contoh mencaci maki atau mengutuk ialah:

- Mencaci maki para sahabat Rasulullah s.a.w
- Mencaci maki orang yang telah meninggal dunia
- Mengutuk zaman atau kejadian alam
- Mencaci maki angin
- Mencaci maki ayam jantan
- Mencaci atau mengutuk penyakit yang menimpa

Jelaslah bahawa malaikat akan menghindari tempat yang sering terdengar kutukan atau caci maki, baik terhadap orang lain, kejadian alam, haiwan, mahupun penyakit. Kerana itu, jika kita meniginkan agar malaikat selalu bersama kita, hendaklah kita meninggalkan perbuatan mengutuk atau mencaci maki.

d) RUMAH YANG DI DALAMNYA TERDAPAT GAMBAR (PATUNG)

Allah s.w.t sangat mencela patung dan manusia yang berlutut menyembah patung, seperti firman-Nya dalam ayat berikut:“ Ibrahim berkata: ‘Apakah kamu menyembah patung-patung yang kamu pahat itu?’Padahal Allah s.w.t lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu. ” (ash-shaffat:95-96)

Syariat Islam yang cemerlang telah mengharamkan keberadaan patung kerana patung merupakan jambatan pembuka penyembahan terhadap berhala. Di dalam sunnah Nabi pun kita menemukan sejumlah celaan terhadap gambar(patung) beserta penggambar atau pemahatnya. Kaitannya dengan hal ini, Rasulullah s.a.w telah menyeru kita untuk menjauhi gambar dan patung.

Sebab pengharaman gambar (patung) adalah kerana patung di anggap telah menyerupai ciptaan Allah s.w.t. Bahkan ada sebuah hadith yang menyatakan bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mendakwa dirinya mampu membuat sesuatu yang dapat menyaingi ciptaan Allah, baik itu melalui gambar haiwan mahupun makhluk bernyawa lainnya.

Gambar (patung) yang diperbolehkan:
- Setiap gambar atau patung yang tidak bernyawa, seperti gambar benda-benda mati, sungai dan pepohonan, atau pemandangan alam. Gambar-gambar itu dibolehkan atas dasar hadith Ibnu Abbas r. a: “Jika kamu mesti menggambar juga, hendaklah kamu menggambar pepohonan dan benda yang tidak bernyawa. ”
- Gambar bernyawa yang terpaksa dibuat, seperti foto untuk Identity Card(IC) atau alat peraga yang berkaitan dengan ilmu kedoktoran, dan hal lain yang bersifat darurat.
- Permainan untuk anak-anak, seperti boneka.

Namun, memasang benda yang bergambar haiwan, atau benda hidup yang lain, baik yang dipasangnya dengan cara menggantungkannya di dinding mahupun dipasang pada kain, dan sebagainya dengan tujuan tidak memuliakan gambar-gambar tersebut, hukumnya adalah tidak haram. Oleh itu, patung atau berhala dan gambar yang diagung-agungkan, boleh menjauhkan pemiliknya dari rahmat Allah s.w.t.

e) RUMAH YANG DI DALAMNYA TERDAPAT LOCENG

Abi Hurairah r. a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “ Loceng itu adalah seruling syaitan. ”

Seruling syaitan di sini mencakupi suara, alunan dan kesesatan yang ditimbulkannya. Berkaitan dengan hal ini, Abu Bakar Shiddiq pernah menegur seseorang yang memainkan seruling di rumah Rasulullah s.a.w. Abi Hurairah r. a mengatakan bahaw Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Malaikat tidak akan menemani sekelompok manusia di tempat yang di dalamnya terdapat anjing atau loceng. ”

Melalui Hadith di atas, Rasulullah s.a.w melarang kewujudan loceng di rumah-rumah, juga loceng yang di gantungkan pada leher anak-anak dan haiwan.
Gereja merupakan salah satu tempat penyekutuan Allah, tempat mendakwahkan hal-hal yang syirik dan di dalamnya terdapat loceng sehingga merupakan tempat yang paling jauh dari keredhaan Allah s.w.t serta tempat yang paling dijauhi malaikat, serta syaitan datang menguasai kabatilan yang mereka ciptakan.

Malaikat selalu menjauhi suara loceng kerana loceng itu mirip dengan gong. Selain itu, ada yang berpendapat kerana loceng merupakan seruling syaitan seperti yang dijelaskan dalam hadith di atas. Pendapat yang membenci sekaligus memakruhkan loceng secara mutlak keluar dari kalangan mazhab Malik dan imam lainnya.

Terdapat riwayat yang mengisahkan bahawa Umar bun Khattab r. a pernah memotong (memecahkan) loceng-loceng yang digantungkan pada kenderaan puteri Zubeir. Ketika itu, Umar berkata: “ Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya bersama setiap loceng ini terdapat syaitan. ” Dalam riwayat dikatakan bahawa seorang wanita bertamu kepada Aisyah r. a dengan memakai gelang yang mengeluarkan bunyi (semacam gelang keroncong) di kakinya. Aisyah berkata: “ keluarkan dari rumah ku, si pengusir malaikat” Kerana itu marilah kita menjauhi larangan Allah s.w.t dan RasulNya agar berbahagia di dunia dan di akhirat.

f) RUMAH PELAKU DOSA BESAR

Di antara dosa besar yang sering dilakukan manusia, di antaranya, adalah seperti berikut:

1) Menolak membayar zakat. Allah s.w.t berfirman: “Janganlah sesekali oran-orang bakhil dengan harta yang Allah s.w.t berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka bahawa kebakhilan itu adalah baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan yang ada di langit dan di bumi dan Allah s.w.t mengetahui paa yang kamu kerjakan. ” (Ali Imran:180)

2) Meninggalkan haji padahal dirinya mampu.

3) Berbuka puasa di siang Ramadhan tanpa uzur syar’i.

4) Takabur dan sombong, sebagaimana firman-Nya: “ Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai orang-orang yang sombong” (an-Nahl:23)

5) Menuduh zina wanita mukmin dan suci. Allah s.w.t berfirman: “ Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik, yang taat lagi beriman berbuat zina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar. ” (an-Nur :23)

Demikianlah beberapa dosa besar yang mesti kita hindari, kita memohon kepada Allah s.w.t semoga dilindungi dari melakukan dosa besar tersebut. Semoga kitapun menjadi golongan orang yang beriman dan membenci kekufuran dan kemaksiatan. Semoga kita juga menjadi golongan orang yang selalu didampingi dan dilawati oleh malaikat.

KESIMPULAN

Allah s.w.t menabur rezeki yang melimpah ruah, kesejahteraan nurani dan keturunan yang menyejukkan perasaan bagi insan yang patuh dengan perintahNya. Insan yang ingkar akan merasa kegelisahan jiwa, kekurangan berkah serta mementingkan unsure material dalam kehidupan. Pemikiran mereka telah di kuasai oleh syaitan, rumah mereka di penuhi iblis yang meggantikan kedudukan malaikat rahmat. Hanya umat yang menjalankan sunnah akan menikmati rahmat Allah s.w.t yang tidak terhitung. Tinggalkanlah perkara bidaah, kerana setiap perkara bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan itu berakhir di neraka. Semoga setiap rumah muslim sentiasa dikunjungi malaikat rahmat. Insya Allah.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)